Kenapa Perlu Edit Entri Blog Yang Lama

Kenapa Perlu Edit Entri Blog Yang Lama - Perlukah untuk kita menyelongkar entri blog kita yang lama untuk mengedit entri-entri tersebut? Sudah pasti itu sangat penting untuk penambahbaikan entri tersebut.

Dalam post ini saya akan menyenaraikan sebab-sebab mengapa begitu penting untuk mengedit entri yang lama dan juga manfaat berbuat demikian.


Edit Entri Blog Yang Lama


Sebab Perlu Mengedit Entri Blog Yang Lama

Kesilapan Menaip
Sangat penting untuk membaca entri untuk memastikan tidak ada kesilapan pada entri tersebut. Mungkin terdapat kesilapan tatabahasa dan ejaan pada entri-entri lama kita. Orang yang akan membaca blog kita mungkin tidak suka jika terdapat kesalahan pada penulisan kita itu. Oleh itu, apabila kita edit entri blog kita yang lama dan dapat memperbaiki setiap kesilapan penulisan kita itu entri tersebut akan menjadi lebih disukai oleh pembaca.

Imej

Edit Entri Blog Yang Lama
Sangat penting untuk menggunakan imej pada setiap entri blog kita. Tetapi imej yang digunakan haruslah berkaitan dengan tajuk entri tersebut. Dengan adanya imej tersebut pembaca akan lebih suka membaca blog kita.

Selain itu, mengubah saiz imej yang digunakan kerana saiz imej memberikan kesan terhadap masa loading entri blog serta kedudukan carian enjin.

Kedudukan Carian Enjin
Walaupun ada entri kita sudah berada di kedudukan nombor satu carian enjin. Kita harus memastikan ianya kekal berada di kedudukan teratas carian enjin dengan mengeditnya untuk menambah nilai kekuatan entri tersebut agar dapat menurunkan kadar bounce rate dan memberikan kesan yang baik kepada entri yang lain.

Sekian.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel