Fakta, Kelebihan Dan Jenis Lesung Pipit

Fakta, Kelebihan Dan Jenis Lesung Pipit - Salam sejahtera semua. Sangat unik bagi mereka yang memiliki lesung pipit kerana memiliki aura yang boleh menambah kemanisan pada setiap senyuman yang diukir di bibir. Lesung pipit menjadi aset yang terbaik dalam senyuman seseorang yang memilikinya. Pada kebiasaanya lesung pipit akan terlihat pada kedua belah pipi seseorang, dan ada juga yang hanya memiliki lesung hanya pada sebelah pipi kanan atau kiri.

Di sebalik kemanisan senyuman seseorang yang memiliki lesung pipi, berikut saya kongsikan kepada anda beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin anda belum tahu sebelum ini.

lesung pipit, jenis lesung pipit, jenis lesung pipi dan maknanya, maksud lesung pipit, lesung pipit sebelah sahaja, jenis lesung pipit dan maknanya, lesum pipit, fakta lesung pipit, lesung pipit di pipi, maksud lesung pipit di bawah mulut


Senarai Kandungan [Show]

6 Fakta Lesung Pipit

1. Hanya 20% Manusia Yang Memilikinya

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di muka dunia ini yang memiliki lesung pipit. Lesung pipit sebenarnya adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai.

2. Buat Ramai Tertarik

Tidak kira bagaimana mood anda di depan kamera, jika anda senyum secara terpaksa sekalipun anda tetap kelihatan sangat menarik. Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang.

lesung pipit, jenis lesung pipit, jenis lesung pipi dan maknanya, maksud lesung pipit, lesung pipit sebelah sahaja, jenis lesung pipit dan maknanya, lesum pipit, fakta lesung pipit, lesung pipit di pipi, maksud lesung pipit di bawah mulut

3. Kelihatan Lebih Muda

Adakah anda perasaan bahawa orang yang memiliki lesung pipit akan kelihatan 'BABY FACE'. Saintis juga mengakui bahawa orang yang memiliki lesung pipit kelihatan lebih muda. Hal tersebut demikian kerana, lesung pipit amat sinonim dengan anak kecil atau bayi.

4. Penyebar Aura Keceriaan

Setiap kali seseorang yang memiliki lesung pipit tersenyum pasti ianya membawa keceriaan kepada orang yang melihatnya.

5. Buat Ramai Selebriti Menjadi Popular

Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit. Walaupun kebanyakan daripada mereka memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini. Sebagai pengetahuan kita semua atau bagi yang belum tahu, mesin untuk mencipta lesung pipit pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1936.

6. Lesung Pipit Boleh Menjadi Pudar

Sungguhpun lesung pipit ini selalunya diwarisi oleh genetik, anda tidak semestinya akan memilikinya untuk seumur hidup. Ramai yang tidak tahu bahawa ianya masih boleh memudar dan seterusnya menghilang bergantung kepada otot wajah anda. Selain dikaitkan dengan pertambahan berat badan, proses penuaan juga adalah antara faktor yang menjadi lesung pipit yang dimiliki semakin kurang kelihatan.

3 Jenis Lesung Pipit

1. Lesung Pipit Di Sebelah Pipi (Dimples on One Cheek)

Lesung pipi di satu sisi wajah kelihatan menawan. Hal ini akan menyerlahkan ciri wajah seseorang, baik pada lelaki mahupun wanita.

Lesung pipit jenis ini dikatakan dapat menambahkan kesan comel dan membuatkan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

2. Lesung Pipit Pada Kedua Belah Pipi (Dimples On Two Cheeks)

Lesung pipit di kedua-dua belah sisi menyerlahkan ciri wajah pemiliknya dengan sempurna. Selain yang jelas kelihatan pada kedua-dua belah pipi, kadangkala ada juga yang mempunyai lesung pipit kecil di sudut kiri dan kanan bibir. Ia terletak lebih ke bawah daripada lesung pipit biasa.

Senyuman lelaki dan wanita yang mempunyai lesung pipit jenis ini secara amnya sangat menarik perhatian.

3. Lesung Pipit Di Dagu (Dimples On Chin)

Keadaan ini sebenarnya sama dengan fenomena dagu terbelah, yang disebabkan oleh rahang bawah tidak bercantum dengan sempurna.

Namun, kerana bentuknya juga seperti cekung, orang memanggilnya lesung pipit di dagu.

Terdapat mitos bahawa dagu berlesung pipit akan muncul apabila anda semakin tua atau kulit anda semakin kendur.

Malangnya, andaian ini hanyalah mitos. Sebabnya, keadaan ini langsung tiada kaitan dengan usia.


Itulah beberapa fakta dan kelebihan serta jenis lesung pipit untuk pengetahuan kita semua.

Menarik bukan memiliki lesung pipit? Untuk yang tidak memilikinya kita seharusnya bersyukur walaupun bagaimana jua keadaan fizikal kita. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel