Belajar Buat Blog
2024-07-01T16:23:56Z
Disini, saya akan kongsikan sebuah ebook percuma panduan ringkas buat blog khas untuk anda semua yang berminat untuk memiliki blog sendiri dan beberapa tips yang berguna untuk seorang blogger baru. Sebelum itu, jika anda belum tahu apa itu blog, sila baca di Blog Wikipedia.
Belajar Buat Blog Percuma
Tanpa membuang masa lagi, untuk anda yang betul-betul mahu buat blog sendiri, silakan untuk muat turun ebook dibawah ini.Ebook panduan ringkas belajar buat blog ini mempunyai 119 muka surat dan terbahagi kepada 7 bab kesemuanya iaitu:
- Nak buat blog tentang apa?
- Langkah-langkah buat blog dengan blogspot
- SEO Nadi Kekuatan Blog
- Buat duit dengan blog
- Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
- Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
- Rumusan dan penutup
Kebaikan Memilih Blogger.com Sebagai Platform Blog
Disebabkan dalam ebook belajar buat blog itu menggunakan blogger.com sebagai platform, jadi mari saya kongsikan serba sedikit kelebihan menggunakan blogger.com sebagai tempat berblog.
- Percuma. Kebanyakan orang di dunia ini memang sangat suka pada benda-benda yang percuma. Dengan Blogspot kita tidak perlu risau untuk bayar sewa hosting atau apa-apa yang berkaitan. Cuma apabila anda mahu guna domain sendiri barulah ada kos yang perlu dibayar.
- Sangat mudah untuk digunakan. Ini sudah pasti, telah banyak perbincangan mengenai platform blogging mana yang lebih mudah digunakan. Kebanyakkannya setuju bahawa Blogspot lebih mudah berbanding WordPress.
- Google, nama paling terkenal di dunia internet. Google menjadi mesin pencari terbaik di internet. Ketika Google beriringan dengan Blogspot, tentu ini menjadi keuntungan atau kelebihan yang besar bagi Blogspot.
- Buat blog di Blogspot sangat mudah. Memang betul buat blog menggunakan platform Blogger.com memang sangat mudah dan cepat.
Belajar Cara Meningkatkan Trafik Blog
Setelah anda berjaya membuat blog sendiri, satu tips blogging yang amat anda perlukan sebagai seorang blogger baru ialah panduan untuk menarik ramai pembaca datang ke blog anda.1. Rajin kongsikan entri blog anda di media sosial
Setiap kali anda menghasilkan entri baru, silakan untuk kongsikan entri baru anda di media sosial anda. Media sosial merupakan tempat yang paling efektif untuk meningkatkan pengunjung blog kerana pada masa ini, terdapat begitu ramai pengguna laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi.
2. Cuba berinteraksi dengan rakan blogger yang lain
Apa yang perlu anda buat ialah kumpul senarai blog yang rajin blogwalking dan jadi sebagai pengunjung tetap blog mereka supaya mereka juga akan jadi pengunjung tetap blog anda. Banyak sebenarnya kebaikan blogwalking. Antaranya ialah, mampu mengeratkan hubungan sesama rakan blogger, dapat backlink secara percuma dan banyak lagi.
3. Tulislah entri yang paling bermanfaat dan menarik
Setiap kali menulis entri blog anda mesti cuba untuk menghasilkan entri yang menarik. Apa yang saya maksudkan dengan entri yang menarik ialah:
- Entri yang berkualiti agar blog anda disayangi google
- Isi kandungan entri harus menepati dan melengkapi tajuk
- Seterusnya baca cara saya meningkatkan trafik blog.
Belajar Menulis Entri Blog Yang Baik
1. Gunakan bahasa yang mudah difahami
Untuk menulis entri blog yang boleh dikatakan bagus, kita harus berusaha untuk menyajikan entri dengan bahasa yang boleh difahami oleh pembaca kita.
2. Entri yang serba lengkap
Entri bagus bermakna entri yang boleh menyampaikan dan menguraikan semua hal yang anda mahu sampaikan dalam entri itu. Tidak kisahlah entri kamu itu terlalu panjang atau ringkas, yang penting dapat menyampaikan apa yang mahu disampaikan bak kata guru di sekolah biar ringkas janji lengkap dan padat. Jangan tajuk entri blog sahaja yang gempak tetapi isinya menghampakan.
3. Ejaan biar betul
Setelah menulis entri, jangan lupa untuk semak atau baca entri yang anda sudah tulis itu. Pastikan ejaan semua betul supaya pembaca seronok membaca. Walaupun ramai pembaca yang tidak kisah dengan kesalahan ejaan tetapi usahakan juga untuk bagi semua ejaan betul. Bukankah anda mahu entri anda bagus?
4. Jadi diri sendiri
Satu lagi tips untuk menghasilkan tulisan blog yang bagus ialah jadi diri sendiri. Jangan tiru cara orang lain tetapi jadikan cara orang lain itu sebagai inspirasi dan jadilah blogger yang inovatif.
Contest SEO Belajar Buat Blog
Contest SEO ini telah berlangsung pada 25 Januari 2017 dan akan tamat pada 25 April 2017. Kedudukan pemenang contest ini akan dibuat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) menggunakan kata kunci "Belajar Buat Blog" yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh antara 26-27 April 2017.
Kepada semua rakan blogger Malaysia, jom ramai-ramai sertai contest anjuran Tuan Muhamad Anuar Marsib yang sangat menarik ini. Banyak kelebihan yang boleh kita dapat dengan menyertai contest ini seperti dapat membantu orang lain belajar buat blog sendiri.
Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat Blog
Contest ini turut disertai oleh calrasepatrick.blogspot.com, nonasani.blogspot.my, missobsesi.blogspot.my, sayidahnapisah.com, mommyfiqa.com, bloggerlelaki.com, ciklapunyabelog.blogspot.my, dianarashid.com, susahsenangblogger.com, at-tarmizi.blogspot.my, myideakini.com, amirkhalis.blogspot.my, sayabukancikgu.com, messarah.blogspot.my, jangan-bukak.blogspot.my, fadzirazak.com, heroborneo.com, nikkhazami.com, misztrex.blogspot.my, ummizarra.com, infopelajar2u.com, sabreehussin.com, topseofriendly.blogspot.my, ummiseri.com, saidila.com, qiyasaad.com, kataubaid.com, belajarbuatblogpercuma.wordpress.com, iuzira.com, hiburansabah.com, heroborneo.com, nasitambah.com, aynorablogs.com, ohtiptop.com, jebengotai.com, sensasi2020.com, sayaazieera.blogspot.my, jambubatublog.com, adibsite.com, sishawa.blogspot.my, cikilamenari.blogspot.my, alongxp.com, elihjapahar.com, jiesusanos.com, sianangbumaya.com, bagiblogger.blogspot.com, vitamin-cerdik.comTujuan Contest SEO Belajar Buat Blog
- Menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia untuk menulis blog
- Membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui blog
- Menggalakkan Blogger-blogger yang dah lama menulis blog supaya dapat berkongsi tip-tip dalam bidang penulisan blog
- Menggalakkan penulis-penulis blog berkongsi rahsia kejayaan mereka menghasilkan pendapatan yang lumayan dalam bidang penulisan blog.
- Dapat memberi motivasi kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan
- Membolehkan setiap peserta contest ini mendapat backlink yang berkualiti daripada para peserta lain.
Hadiah Contest SEO Belajar Buat Blog
- Tempat Pertama : Wang Tunai RM300
- Tempat Kedua : Wang Tunai RM200
- Tempat Ketiga : Wang Tunai RM100