Inilah Yang Terjadi Jika Mengambil Telur Sebagai Sarapan Setiap Pagi
2024-08-04T23:08:39Z

Kebaikan Mengambil Telur Sebagai Sarapan Pada Setiap Pagi
1. Dapat Meningkatkan Sistem Daya Tahan Tubuh
Mengambil satu biji telur semasa kita bersarapan pagi mampu meningkatkan daya tahan tubuh dan menggelakkan kita dari lapar. Kandungan protein yang tinggi, vitamin dan nutrisi yang cukup, menjadikan telur amat sesuai untuk dijadikan menu sarapan pagi kita.Baca juga: Kebaikan Minum Lemon Pada Setiap Pagi
2. Membuatkan Kita Lebih Bersemangat
Kandungan lengkap omega 3, asid lemak, vitamin B dan juga ionida dalam telur dapat memberikan semangat untuk meneruskan aktiviti harian kita. Segala nutrisi yang ada pada sebiji telur juga mampu mengurangkan keletihan tubuh badan kita.3. Dapat Mencegah Kanser
Hasil kajian ada menyatakan bahawa, di dalam telur terdapat satu nutrisi yang dipanggil choline. Dan perlu kita tahu, choline adalah salah satu nutrisi yang sangat baik untuk melawan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser payudara .Beberapa kajian juga mendapati bahawa kuning telur sangat baik bagi mencegah dan melawan pertumbuhan sel kanser dalam tubuh.
4. Membantu Perkembangan Otak Dan Ingatan
Choline yang merupakan nutrisi yang terdapat pada telur juga dapt merangsang perkembangan otak dan fungsi otak. Ianya juga telah dikaitkan dengan meningkatkan daya ingatan dan ingat serta meningkatkan kecergasan otak.Baca juga: Kebaikan Minum Air Suam Waktu Pagi
5. Menyokong Penjagaan Berat Badan
Telur amat sesuai untuk orang yang mahu jaga berat badan atau menjalankan program diet atau mahu kurus. Mulakan sarapan pagi dengan sebiji telur pada setiap pagi kerana seperti yang kita tahu ianya mampu menahan rasa lapar. Saintis dari Saint Louis University berkata, makan telur di waktu pagi akan membuatkan anda berasa kenyang dan makan dengan sedikit sepanjang hari.