Tips Untuk Memiliki Daya Ingatan Yang Kuat
2024-07-01T16:23:56Z
Tips Untuk Menguatkan Daya Ingatan | Masalah terlupa pasti selalu berlaku pada kita. Sebagai contoh terlupa mana kita letak barang dan terlupa temu janji dengan kawan. Selalu juga berlaku dalam kalangan pelajar, bila cikgu bagi kerja rumah. Disebabkan masalah pelupa dan kemalasan sudah bercampur, sampai masa untuk hantar kerja baru ingat nak buat.
Semua orang memang tidak suka dengan masalah sering terlupa ini. Walaupun ianya memang tidak sengaja berlaku tetapi terdapat beberapa tips yang boleh mengatasi masalah tersebut.
Bersenam dapat menggalakkan otak kita untuk berfungsi secara optimum dengan meransang sel-sel sarah untuk berganda, menguatkan hubungan antara sel dan melindungi sel-sel saraf dari kerosakkan. Lakukan senaman berjalan kaki atau berjogging. Latihan aerobik pula dapat meningkatkan aliran darah ke otak sehingga memberikan lebih banyak nutrisi dan oksigen untuk meningkatkan fungsi otak kita.
Semoga bermanfaat. Sekian.
Cara Untuk Meningkatkan Daya Ingatan
1. Pemakanan yang sihat untuk otak
Pengambilan makanan memainkan peranan untuk daya ingatan kita. Mengambil makanan yang sihat seperti brokoli, kekacang, ikan salmon dan minyak sayuran yang mengandungi banyak antioksidan mampu menjaga kesihatan otak dan mengasah daya ingatan kita.2. Melakukan senaman
Bersenam dapat menggalakkan otak kita untuk berfungsi secara optimum dengan meransang sel-sel sarah untuk berganda, menguatkan hubungan antara sel dan melindungi sel-sel saraf dari kerosakkan. Lakukan senaman berjalan kaki atau berjogging. Latihan aerobik pula dapat meningkatkan aliran darah ke otak sehingga memberikan lebih banyak nutrisi dan oksigen untuk meningkatkan fungsi otak kita.
3. Tidur yang mencukupi
Sudah terbukti bahawa tidur selepas belajar buat kita lebih mengingati apa yang kita pelajari, sebab itulah kita selalu digalakkan belajar waktu malam. Dalam satu malam, tidur hanya 4-6 jam boleh mempengaruhi kebolehan kita untuk berfikir dengan jelas pada keesokan harinya.4. Bermain games
Jika kita tidak mencabar otak kita dengan hal-hal baru ia akhirnya akan mula merosot. Jadi, kita boleh mengasah daya ingatan kita dengan bermain game yang boleh mengasah otak seperti puzzle, sudoku atau catur selama 20 minit sehari. Jangan terlalu lama bermain, agar tidak membawa kesan yang sebaliknya.5. Ketawa
Menurut kajian dari Loma Linda University, ketawa bukan sahaja melawan stress tetapi juga dapat daya ingatan janga pendek kita. Hanya dengan menonton video lawak selama 20 minit sudah cukup untuk meningkatkan daya ingatan jangka pendek kita.6. Jangan terlalu memikirkan hal-hal yamg tidak penting
Memikirkan dan membuat banyak hal dalam satu masa membuatkan daya ingatan kita merosot. Hal ini demikian kerana kinerja otak kita tidak boleh melakukan banyak hal dalam satu masa. Sebagai contoh, kita baca nota sejarah sambil dengar lagu atau bercakap dengan kawan. Hal tersebut membuatkan fokus kita merosot. Jadi, jangan lakukan banyak hal secara bersamaan.Semoga bermanfaat. Sekian.