5 Tips Memiliki Kulit Cantik dan Bebas Jerawat
2024-08-04T23:08:39Z
Mungkin anda salah seorang daripada orang ramai yang sibuk mencari cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bebas dari jerawat.
Okay kali ini, saya akan kongsikan kepada semua, beberapa tips untuk memiliki kulit cantik dan bebas dari jerawat.
Silakan baca :)
Tips Pertama: Jangan Sesekali Picit Jerawat
Sekiranya kita melakukannya ianya bukan sahaja membuat jerawat bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat mula tumbuh.Terdapat alat yang boleh kita guna untuk memicit jerawat tersebut. Itu pun, pastikan selepas jerawat tersebut sudah masak.
Tips Kedua: Jangan Berjemur Dibawah Terik Matahari
Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit kita berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut.Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit kita menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.