Kelebihan Yang Hanya Ada Pada Perempuan Pendek
2024-08-02T04:01:16Z
Hal ini kerana 90% hingga 95% ketinggian kita adalah berdasarkan genetik. Hanya 5% hingga 10% ketinggian badan kita yang boleh kita usahakan sendiri melalui senaman, rehat yang cukup dan pemakanan.
Jadi jangan malu untuk menerima kenyataan bahawa anda adalah seorang yang pendik atau rendah wkwkwk... Bukankah ada artis yang pendek tapi masih boleh berjaya? Jadi tidak perlu risau akan ketinggian anda kerana ada kelebihan disebalik itu.
Kali ini saya mahukan kongsikan kepada anda semua mengenai kelebihan perempuan yang pendek.
Silakan baca :)
1. Kelihatan Muda Dari Umur Sebenar
Ya, yang ini paling saya sokong, sebab ramai orang pendek yang saya kenal nampak lebih muda berbanding rakan seumurnya.Jadi bersyukurlah mempunyai badan yang pendek wkwk, sebab nampak macam awet muda huhu.
2. Dapat Berjimat
Ya yang ini juga amat tepat. Hanya gadis-gadis yang pendek tahu akan hal yang satu ini.Apa tidaknya, gadis pendek hanya membeli pakaian yang bersaiz kecil atau sederhana yang jauh lebih murah berbanding pakaian gadis-gadis yang tinggi lampai.
3. Disukai Kanak-Kanak
Kanak-kanak pasti suka untuk berkawan dengan perempuan yang pendek sebab tidak jauh beza ketinggian dengan mereka.4. Mudah Berlindung Dan Selalu Dilindungi
Wanita yang pendek mudah mendapatkan perlindungan dari orang yang lebih tinggi.Lagi satu, kebanyakkan lelaki yang sentiasa melindungi wanita yang pendek.
5. Disukai Lelaki
Memang kebanyakkan lelaki menyukai perempuan yang lebih rendah. Hal ini kerana, bagi kebanyakkan lelaki gadis pendek adalah seorang yang paling comel.Kesimpulan
Jadi, untuk semua gadis, wanita, sumandak atau kaum hawa yang mempunyai ketinggian yang pendek sahaja, berbanggalah anda sebab anda mempunyai kelebihan yang tidak ada pada gadis lain.Sekian.