Kisah Inspirasi Ed Sheeran Yang Dahulunya Gagap

Kisah Inspirasi Ed Sheeran

Salam sejahtera semua :)

Para peminat Ed Sheeran wajib baca sampai habis haha :)

Ed Sheeran. Siapa tidak kenal dengan artis antarabangsa yang berjaya menggegarkan dunia dengan lagu-lagu popnya yang cukup hebat. Antara lagu Ed Sheeran yang menjadi kegilaan ramai ialah Perfect, Shape Of You dan banyak lagi.

Tiap hari, kalau dengar radio, kompom kita dengar lagu Ed Sheeran diputarkan. Bila sudah diputarkan di radio, automatik mulut ikut menyanyi kan..

So, kali ini, saya mahu kongsikan kepada anda semua peminat tegar Ed Sheeran mengenai kisah disebalik kejayaan Ed Sheeran ini.

Sebelum mengecapi kejayaan Ed Sheeran telah melalui hari-hari yang getir yang tidak semua orang mampu melaluinya.

Kisah Inspirasi Ed Sheeran

Ed Sheeran dilahirkan pada 17 Februari 1991 di Halifax, England dan dibesarkan di Suffolk. Ed Sheeran menganggap dirinya sebagai seorang yang pelik sejak kecil lagi.

Ed Sheeran dilahirkan dengan adanya tompok diwajah sebagai tanda lahir membuatkan beliau menjalani pembedahan.
Ed Sheeran Still Kids

Malang sekali pembedahan itu tidak berjalan dengan baik kerana kecuaian pihak hospital. Hasilnya, Ed Sheeran menjadi gagap dan sukar untuk bercakap seperti kanak-kanak yang lain.

Mata Ed Sheeran juga menjadi layu secara kekal dan beliau diarahkan untuk memakai kacamata yang membuatkan dia kelihatan sebagai seorang budak "Nerd".

Bukan itu sahaja, Ed Sheeran juga dilahirkan dengan kekurangan gegendang telinga pada salah satu telinganya.

jadi, untuk membaikpulih masalah yang dialaminya, beliau terpaksa menghadiri kelas terapi.

Semasa berada dalam kelas, Ed Sheeran seorang yang aktif dan sering mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang ditanya. Namun, setiap kali Ed Sheeran mahu bercakap kanak-kanak lain akan mengejeknya kerana beliau gagap. Itu membuatkan Ed Sheeran tidak lagi mahu mengikuti kelas. Sedih jooo...

Tetapi masalah itu tidak membuatkan Ed Sheeran patah semangat. Beliau mula menyanyi di Gereja dan bermain gitar di dalam biliknya berseorangan.

Pada suatu hari, bapa Ed Sheeran mengetahui Ed Sheeran meminati muzik bermula disinilah bapanya telah melakukan sesuatu yang bakal mengubah hidup Ed Sheeran.

Bapa Ed Sheeran membelikan album Eminem untuk Ed Sheeran. Ed Sheeran sangat kagum dengan teknik rap Eminem yang sangat pantas dan beliau cuba untuk menirunya. Ed Sheeran mula mempelajari setiap perkataan dalam lirik lagu-lagu Eminem, dan mula menulis muzik dan lirik lagu sendiri.

Dan tanpa disedari, masalah gagapnya lenyap begitu sahaja.

Pada tahun 2004 iaitu semasa Ed Sheeran berumur 14 tahun, beliau mula melakukan persembahan di kelab-kelab pada waktu malam. Ed Sheeran melakukan 12 persembahan dalam seminggu untuk tempoh 4 tahun.

Ketika itu Ed Sheeran tidak pulang rumah dan kebanyakkan masanya habis dijalanan. Pernah suatu ketika Ed Sheeran tidur di stesen keretaapi bawah tanah dan di hadapan Istana Buckingham.

Ed Sheeran juga melalui saat-saat dimana beliau tidak mempunyai duit dan makanan. Masa ini membuatkanbeliau ingin putus asa, tetapi berbekalkan semangat yang sangat kuat dia tetap meneruskannya. Ed Sheeran merasakan dirinya harus berhijrah ke Amerika Syarikat untuk berjaya dalam industri muzik. Dan tanpa buang masa, Ed Sheeran berhijrah ke Los Angeles walaupun beliau tahu beliau tiada tempat berteduh.

Ed Sheeran mula menghantar muziknya kepada mereka yang sudi mendengar, tapi malangnya tiada jawapan dari mana-mana pihak. Sehinggalah pada tahun 2010, Ed Sheeran dijemput untuk melakukan persembahan di sebuah kelab kepunyaan seorang pengacara radio tempatan iaitu Jamie Froxx.

Jamie Froxx mengarahkan Ed Sheeran untuk naik ke pentas untuk membuat persembahan. Ramai penonton mula tersenyum melihat persembahan Ed Sheeran, dan 12 minit kemudiaan, semua penonton bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepada Ed Sheeran.

Jamie Froxx sangat kagum dengan Ed Sheeran sehingga Jamie Froxx menawarkan Ed Sheeran untuk tinggal di rumahnya dan membenarkan Ed Sheeran menggunakan studi rakamannya.

Tidak lama kemudian, Ed Sheeran mendapat satu panggilan daripada seorang penyanyi dan ditawarkan untuk mengikut jelajah muzik. Kalau kamu nak tahu siapa penyanyi yang membawa Ed Sheeran ialah tidak lain tidak bukan adalah Taylor Swift. Terima kasih Taylor Swift.

Selepas bekerja keras sepenuhnya, akahirnya Ed Sheeran berjaya menembusi industri muzik seperti yang diimpikannya. Albumnya yang berjudul "X" berada di tangga teratas di 14 buah negara. Lagu-lagu dan video-videonya didengar dan ditonton oleh billion orang di Spotify dan Youtube.

Bagi seorang yang hanya memiliki satu gegendang telinga, itu semua sangat bermakna. Menurut Ed Sheeran, walaupun dia pernah dianugerahkan 2 Anugerah Grammy, anugerah yang amat bermakna dalam hidupnya adalah meningkatkan kesedaran terhadap masalah gagap.

Ya mari kita renung satu ucapan Ed Sheeran ini:
Having thins that make you different help you become an interesting person

Kesimpulannya

Ya sangat menarik kisah Ed Sheeran ini. So, kita perlu bangga menjadi diri sendiri.

Janganlah kita memandang rendah akan kekurangan yang dimiliki orang lain, kerana dalam setiap kekurang itu pasti ada kelebihannya.

Kalau sudi kongsikanlah kisah inspirasi Ed Sheeran ini kepada rakan-rakan anda :)

Sekian.

Lihat juga: Kata Kata Semangat
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel