15 Cara Hilangkan Jerawat Paling Berkesan

Cara Hilangkan Jerawat

Mesti ramai antara kita yang hilang keyakinan bila berada di khalayak ramai apabila muka kita dipenuhi dengan jerawat.

Mungkin ada juga orang yang tidak kisah dengan jerawat yang menempek di muka tetapi rasanya lagi ramai orang yang tidak suka dengan jerawat terutamanya dalam kalangan wanita.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua beberapa cara untuk menghilangkan jerawat dengan cara yang paling berkesan.

Punca Jerawat

Sebelum kita masuk kepada cara untuk menghilangkan jerawat, hal pertama yang harus kita tahu mengenai masalah jerawat pada kulit adalah puncanya. Ada beberapa faktor yang dapat menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit. Berikut adalah punca jerawat yang paling umum terjadi:
  • Stress - Bila kita dalam keadaan stres, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan keluar secara berlebihan dan menjadi punca berlakunya jerawat terutamanya di muka.
  • Hormon - Masa usia remaja atau akil baligh ni, perubahan pada hormon iaitu kelenjar sebaceous boleh menyebabkan jerawat pada wajah.
  • Kebersihan kulit muka - Kebersihan pada kulit muka kita juga sangat mempengaruhi kemunculan si jerawat di muka kita.
  • Gaya hidup yang tidak sihat - Kurang minuman air mineral, selalu makan makanan yang tidak sihat dan kesan dari banyak merokok juga boleh tingkatkan risiko tumbuh jerawat di muka.
  • Pemakanan - Makanan yang berlemak atau makanan yang kurang sihat boleh menghasilkan sebum secara berlebihan. Punca dari pemakanan yang paling umum adalah makanan yang berminyak.

Ya itulah antara punca utama jerawat tumbuh di wajah kita.

Cara Hilangkan Jerawat

Seterusnya, mari kita masuk ke topik utama iaitu cara untuk menghilangkan jerawat dengan berkesan.

1. Lidah Buaya atau Aloe Vera

Salah satu bahan semulajadi yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan jerawat ialah aloe vera. Di mana kandungan polifenol yang bertindak sebagai penghalau jerawat pada kulit mampu menghilangkan jerawat secara menyeluruh jika digunakan dengan kerap.

Cara menggunakan lidah buaya untuk menghilangkan jerawat ialah, anda boleh ambil gel yang terkandung dalam lidah buaya, kemudian gunakan seperti masker. Biarkan selama 20-30 minit selepas itu bilas muka dengan air bersih.

2. Timun

Selain mempunyai kandungan antioksidan yang cukup tinggi, timun juga mengandungi vitamin dan asid amino di dalamnya. Di mana kandungannya boleh digunakan sebagai penghilang jerawat semulajadi. Anda hanya menggunakan masker timun pada kulit berjerawat secara berkala.

3. Putih Telur

Kandungan enzim lysonzyme yang terdapat dalam putih telur boleh digunakan sebagai bahan untuk menghilangkan jerawat dengan berkesan.

Caranya ialah, anda boleh asingkan putih telur dengan kuning telur. Boleh tambah jus lemon, kemudian sapu rata pada muka. Biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air bersih.

4. Jus Buah Lemon

Buah lemon mengandungi asid askorbik sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat degil pada kulit. Selain itu, buah ini juga boleh digunakan sebagai cara untuk menghilangkan parut jerawat pada kulit.

Caranya, ambil perahan 1 biji lemon nipis. Kemudian air tersebut boleh terus disapu pada muka yang berjerawat. Tunggu 10-15 minit kemudian bilas dengan air bersih.

5. Bawang Putih

Bahan sulfur dipercayai mampu menghilangkan jerawat dengan cepat. Bahan ini terdapat dalam bawang putih.

Caranya, ambil 1 ulas bawang putih, kemudian potong kepada beberapa bahagian. Selepas itu tampalkan pada jerawat atau parut jerawat. Tunggu 15 minit kemudian bersihkan.

6. Ubat Gigi

Bagi anda yang keliru tentang cara menghilangkan jerawat dalam masa 1 malam, maka ubat gigi boleh menjadi penyelesaiannya. Di mana kandungan hidrogen, fluorin, dan triclosan dalam ubat gigi dapat mencegah iritasi kulit. Selain itu, ubat gigi juga mempunyai khasiat untuk mengeringkan jerawat yang meradang.

Caranya ialah, anda boleh terus sapukan ubat gigi pada jerawat. Selepas itu biarkan selama 10 - 20 minit kemudian bilas dengan air bersih.

7. Ketulan Ais

Ketulan ais juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Di mana ketulan ais boleh mengurangkan keradangan kulit akibat jerawat muka.

Caranya, hanya sapukan ketulan ais pada muka yang berjerawat sehingga beberapa kali.

8. Madu

Madu digunakan secara meluas sebagai bahan untuk penjagaan kulit semulajadi. Dimana kandungan yang dimiliki juga mampu mengatasi masalah jerawat dengan berkesan. Anda boleh menggunakan madu sebagai masker jerawat setiap hari.

9. Cuka Epal

Cuka epal mengandungi antiseptik semulajadi yang boleh membunuh bakteria penyebab jerawat. Jika anda menggunakannya dengan kerap, maka masalah seperti kulit breakout dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Caranya ialah, ambil 1-2 sudu besar cuka epal dan kemudian sapukan pada muka yang berjerawat menggunakan kapas bersih. Selepas itu biarkan selama 2 - 5 minit dan bilas dengan air bersih.

10. Betik

Enzim papain yang terkandung dalam betik mampu menanggalkan sel kulit mati yang menyebabkan jerawat di muka. Anda boleh menggunakan buah ini sebagai masker semulajadi untuk menghilangkan jerawat pada kulit.

11. Tomato

Kandungan vitamin A dan C yang terkandung dalam tomato juga dapat menghilangkan jerawat secara semulajadi.

Caranya ialah, ambil 1 biji tomato kemudian potong kepada 2 bahagian. Sapukan pada muka secara merata. Biarkan selama 20-30 minit kemudian bilas dengan air bersih.

12. Air Beras

Air beras mengandungi allantoin yang boleh membantu merawat jerawat. Allantoin ialah sebatian antibakteria yang berkesan untuk melegakan kulit yang berjerawat. Selain itu, air beras juga mempunyai khasiat yang boleh mengawal minyak. Supaya wajah anda akan kelihatan lebih cerah dan mengelakkan minyak pada kulit.

13. Baking soda

Baking soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Sifat antiseptik soda penaik atau baking soda boleh menjadikannya berkesan dalam memusnahkan bakteria pada kulit yang terjejas oleh jerawat. Selain itu, baking soda mempunyai fungsi pemulihan kerana ia merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

Cara untuk menghilangkan jerawat secara semulajadi dengan baking soda ialah, campurkan bahagian baking soda dengan air untuk membentuk masker tebal. Sapukan pada kulit selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air suam.

14. Kentang

Cara seterusnya untuk menghilangkan jerawat secara semulajadi ialah dengan menggunakan kentang. Kandungan vitamin dan mineral dalam kentang mampu menyembuhkan kulit dan menghilangkan parut jerawat dan bintik hitam.

Cara penggunaannya ialah, hiris kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian parut jerawat. Biarkan selama 10 minit dan kemudian cuci muka dengan air bersih. Lakukan rawatan ini 3 kali seminggu.

15. Kunyit

Kunyit adalah antioksidan yang baik untuk pertumbuhan sel kulit baru. Kunyit juga mempunyai sifat anti-radang yang membantu mencegah keradangan jerawat. Kunyit akan membantu mempercepatkan penyembuhan jerawat sekaligus mengurangkan parut jerawat yang sedia ada. Kunyit juga membantu mencegah hiperpigmentasi kulit yang menyebabkan kesan gelap pada kulit.

Sebagai tambahan, berikut adalah cara untuk menghilangkan jerawat yang harus kita lakukan setiap hari.
  • Jangan sentuh muka - Tangan kita mungkin tercemar dengan pelbagai kotoran daripada aktiviti harian. Jadi menyentuh kulit muka dengan tangan yang kotor boleh menyebabkan jerawat.
  • Makan secara sihat - Amalan pemakanan yang sihat dari bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, dan protein akan membantu kita mendapatkan jumlah nutrien yang betul untuk kulit kita.
  • Rehat yang cukup setiap hari - Semasa kita tidur dan berehat, badan kita akan membaiki kerosakan yang berlaku. Tidur dan rehat sekurang-kurangnya 8 jam sehari akan membantu untuk melegakan badan kita dan juga membuang toksin berbahaya dari badan. Jika kita tidak mendapat cukup tidur, kulit kita berkemungkinan tidak mempunyai masa atau keupayaan memperbaharui sel kulitnya.
  • Bersenam lebih kerap - Amalan bersenam setiap hari selama 30 minit akan membantu mengurangkan jerawat dan menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga.
  • Minum air kosong secukupnya - Air akan membantu kita mengeluarkan toksin dari dalam tubuh dan menjadikan kita kelihatan lebih muda dan bertenaga. Minum air kosong secukupnya boleh membantu kita untuk menghilangkan jerawat.
  • Kurangkan pengambilan gula - Makan makanan yang tinggi indeks glisemik seperti gula boleh menyebabkan lonjakan insulin. Keadaan ini dianggap meningkatkan pengeluaran sebum, menyebabkan jerawat.
  • Kurangkan stress - Tekanan menyebabkan tahap hormon androgen meningkat. Androgen merangsang folikel rambut dan kelenjar minyak dalam liang-liang, meningkatkan risiko jerawat. Tahap tekanan yang tinggi boleh meningkatkan keterukan jerawat.
  • Cuci muka dengan kerap - Muka yang kotor boleh menjadi salah satu faktor penyebab jerawat. Pastikan cuci muka dua kali sehari. Mencuci muka dengan kerap adalah penting untuk menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan dari kulit.


Sebagai kesimpulannya, untuk menghilangkan jerawat, kita tidak perlu berbelanja dengan kos yang mahal kerana kita boleh menggunakan beberapa bahan semulajadi di atas sebagai cara menghilangkan jerawat secara semulajadi yang berkesan dan cepat untuk kulit. Semoga bermanfaat. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel