10 Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat
2024-08-04T23:08:39Z
Sebelum ini saya sudah kongsikan mengenai cara untuk menghilangkan jerawat. Jadi kali ini, saya akan kongsikan kepada anda, 7 cara untuk menghilangkan bekas atau parut jerawat secara tradisional.
Okay kita terus kepada cara-caranya :)
1. Tebu
Campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.
2. Lemon
Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.
3. Ubi Kentang
Hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau mahu, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.
4. Kulit Kayu Manis dan Bedak Sejuk
Peertama sekali, sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Seterusnya, tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk dan jangan lupa untuk tambah air.Setelah itu, lumurkan pada tempat parut pada muka anda. Untuk mendapatkan hasil yang maxsimum, sila buat sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut jerawat itu akan pudar dan hilang.