Gara-Gara Terpijak iPhone, Anak Tetak Bapa Guna Kapak Sampai Mati


Gara-gara iPhone terpijak oleh bapa, seorang lelaki didakwa tetak bapa sendiri menggunakan kapak di bahagian kepala, leher dan dada sehingga mati.


Memetik berita yang disampaikan oleh Mirror, kejadian yang berlaku di Cambodia ini mendakwa seorang lelaki yang dikenali sebagai Leng Huon, berumur 23 tahun dikatakan menyerang bapanya Leng Sao, 50 tahun selepas berpesta minum dan bermuzik di rumah bersama rakan-rakannya.

Disebabkan bunyi muzik yang dipasang oleh anaknya terlalu kuat, bapanya tidak dapat tidur dan semasa dia hendak keluar rumah, mangsa terpijak iPhone milik anaknya yang terjatuh di atas lantai.

Bengang dengan bapanya yang terpijak iPhone miliknya, Huon telah menjerit memarahi bapanya dan menyebabkan Sao marah dan menendang belakang anaknya.

Huon terus mengambil kapak dan menetak kepala, leher serta dada mangsa sehingga mati.


Huon, seterusnya sempat melarikan diri dengan kapak tersebut tetapi kemudian ditangkap oleh pihak polis yang turut merampas kapak yang digunakan oleh Huon.

Pihak berkuasa mengesahkan Huon akan didakwa atas kematian bapanya dan jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 15 tahun.

Sumber: TEHPANAS, MIRROR
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel