10 Kebaikan Memelihara Kucing Untuk Kita Manusia
2024-07-01T16:23:56Z
Kajian membuktikan bahawa menonton video kucing sahaja boleh membantu meningkatkan tenaga dan membantu kita beremosi positif. Jadi memang tidak disangkal lagi, kucing ialah haiwan peliharaan yang boleh memberikan banyak kebaikan kepada kita.
Senarai Kandungan [Show]
Disini saya kongsikan kepada anda semua, beberapa faedah yang kita boleh dapat daripada memelihara kucing.
Memenuhi Keperluan Kawan
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa selain daripada sangat rapat dengan tuannya, kucing juga akan mengingati kebaikan yang ditunjukkan kepada mereka dan akan membalasnya.
Baca juga: 18 Jenis Kucing Peliharaan Yang Paling Popular
Rintangan kepada alahan akan bertambah apabila kita terdedah kepada bulu kucing dan hal ini akan mengurangkan risiko alahan dan asma.
Satu kajian dijalankan bahawa pemilik kucing mempunyai tekanan darah yang rendah kerana adanya kucing yang menenangkan.
Memelihara kucing boleh menenangkan tuannya, dengan itu ia dapat mengurangkan tekanan darah mereka. Oleh itu, tahap tekanan stress pemilik kucing juga menurun, yang seterusnya, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kesimpulan kajian yang dilakukan oleh University of Minnesota menunjukkan bahawa 30% peserta yang tidak mempunyai kucing mungkin mati akibat penyakit kardiovaskular berbanding dengan mereka yang merupakan pemilik kucing.
Bunyi dengkuran kucing adalah salah satu bunyi yang paling menenangkan di dunia. Bunyi tidak hanya bermakna bahawa kucing berasa gembira dan selesa, tetapi bunyi itu juga telah lama dikaitkan dengan kebolehan penyembuhan terapeutik dalam tulang manusia dan otot.
Dengkuran kucing menghasilkan getaran pada frekuensi 20-140 HZ, dan kajian menunjukkan bahawa frekuensi dalam lingkungan 18-35 HZ mempunyai kesan positif terhadap sendi selepas kecederaan.
Adakah anda tahu rasa kebahagiaan, tenang yang anda rasakan apabila anda meluangkan masa memeluk dan mengusap kucing anda?
Ini sebenarnya disebabkan oleh pelepasan oxytocin dan bahan kimia lain yang berkaitan dengan keseronokan di otak, menyebabkan tubuh berasa lebih tenang dan damai, mengurangkan tekanan stress dan membantu menurunkan tekanan darah. Ini adalah manfaat kesihatan yang paling besar dan terbaik untuk mempunyai kucing.
Kucing dikenali mempunyai reputasi sebagai haiwan yang suka bersendirian dan tidak peduli terhadap manusia, tetapi sebenarnya mereka telah menyelamatkan banyak nyawa selama bertahun-tahun.
Di United Kingdom seekor kucing memberi amaran kepada manusia bahawa dia akan mengalami serangan epilepsi. Manakala di Montana kucing membangunkan dua manusia apabila paip gas mula bocor.
Baru-baru ini, kajian dari Mayo Clinic di Scottsdale, AZ mendedahkan bahawa memeluk kucing peliharaan anda sebenarnya boleh membantu anda untuk mendapatkan tidur malam yang lebih baik. 41% daripada 150 peserta kajian mengatakan bahawa berkongsi katil dengan haiwan peliharaan membantu mereka tidur lebih baik pada waktu malam.
Penyelidik Perancis pada tahun 2012 menerbitkan satu kajian mengenai PLOS One. Mereka memerhatikan sama ada mempunyai haiwan peliharaan boleh membantu orang yang mempunyai autisme.
Para penyelidik itu membuktikan bermain dengan haiwan peliharaan adalah tingkah laku yang kompleks. Kadang-kadang kegiatan ini melibatkan manipulasi objek sebagai alat untuk latihan dan penguasaan skema tindakan, yaitu permainan sensorimotor, atau kemampuan anak-anak untuk perwakilan mental. Oleh itu, disimpulkan bahawa memiliki haiwan kesayangan dapat memberi anak-anak cara untuk mengamalkan dan memahami peristiwa di dunia sosial mereka.
Memelihara kucing secara khusus dapat membantu pesakit autisme kerana mereka boleh berhubung dengan kucing. Anak ahli sains saraf J. Mannerling, Richard, mempunyai autisme. Sejak keluarga menerima kucing bernama Clover dari tempat perlindungan haiwan di kawasan mereka, kemahiran sosial Richard mula bertambah baik.
Menurut kajian pada tahun 2015, menonton video kucing lucu betul-betul boleh membuatkan orang berasa lebih teruja dan meningkatkan emosi positif. Jadi, apalagi kalau memelihara kucing, sudah pasti kita sentiasa terhibur.
Meningkatkan Imuniti
Boleh Menurunkan Tekanan Darah
Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular
Kesimpulan kajian yang dilakukan oleh University of Minnesota menunjukkan bahawa 30% peserta yang tidak mempunyai kucing mungkin mati akibat penyakit kardiovaskular berbanding dengan mereka yang merupakan pemilik kucing.
Dengkuran Kucing Membantu Menyembuhkan Tulang
Dengkuran kucing menghasilkan getaran pada frekuensi 20-140 HZ, dan kajian menunjukkan bahawa frekuensi dalam lingkungan 18-35 HZ mempunyai kesan positif terhadap sendi selepas kecederaan.
Mengurangkan Tekanan Stress
Ini sebenarnya disebabkan oleh pelepasan oxytocin dan bahan kimia lain yang berkaitan dengan keseronokan di otak, menyebabkan tubuh berasa lebih tenang dan damai, mengurangkan tekanan stress dan membantu menurunkan tekanan darah. Ini adalah manfaat kesihatan yang paling besar dan terbaik untuk mempunyai kucing.
Kucing Boleh Menyelamatkan Manusia
Di United Kingdom seekor kucing memberi amaran kepada manusia bahawa dia akan mengalami serangan epilepsi. Manakala di Montana kucing membangunkan dua manusia apabila paip gas mula bocor.
Tidur Malam Menjadi Lebih Baik Dengan Memeluk Kucing
Baca juga: Kesan Buruk Tidur Berlebihan
Meningkatkan Kemahiran Bersosial
Para penyelidik itu membuktikan bermain dengan haiwan peliharaan adalah tingkah laku yang kompleks. Kadang-kadang kegiatan ini melibatkan manipulasi objek sebagai alat untuk latihan dan penguasaan skema tindakan, yaitu permainan sensorimotor, atau kemampuan anak-anak untuk perwakilan mental. Oleh itu, disimpulkan bahawa memiliki haiwan kesayangan dapat memberi anak-anak cara untuk mengamalkan dan memahami peristiwa di dunia sosial mereka.
Memelihara kucing secara khusus dapat membantu pesakit autisme kerana mereka boleh berhubung dengan kucing. Anak ahli sains saraf J. Mannerling, Richard, mempunyai autisme. Sejak keluarga menerima kucing bernama Clover dari tempat perlindungan haiwan di kawasan mereka, kemahiran sosial Richard mula bertambah baik.
Sentiasa Menghiburkan Tuannya
Wajib baca: Makanan Kucing Terbaik Di Malaysia