18 Cara Kuruskan Badan Yang Wajib Untuk Dilakukan
2024-08-04T23:08:39Z
Teringin untuk kuruskan badan? okay sila baca dan ikuti beberapa cara yang paling berkesan untuk kuruskan badan dengan cepat ini.
Senarai Kandungan [Show]
Cara Kuruskan Badan
Jom kita lihat beberapa cara untuk kuruskan badan.
1. Setkan Minda Untuk Kurus
Selepas anda buat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, hari ini juga lakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu depan. Biasanya, selepas bulan Ramadan, “Ahh, mana boleh tak makan lauk raya. Lepas raya lah aku diet”. Nampaknya, jika anda salah seorang yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila. Lebih baik, letak matlamat untuk kekal sihat.Lihat juga: Kalkulator BMI Online
Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.
Macam mana nak kira jumlah kalori yang anda makan? Boleh install application yang membantu anda mengira kalori. Berikut adalah beberapa application yang user friendly & mudah untuk digunakan.
Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?
Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!. Berjalan dan berjogging juga merupakan senaman kempiskan perut.
Pertama, kerana makanan tidak terasa sangat enak apabila anda mempunyai rasa mentol di dalam mulut anda. Kedua, kerana kita terlalu malas untuk berus gigi beberapa kali selepas setiap kali makan, bukan?
Lagipun, tabiat memberus gigi (terutama kepada kamu yang tak buat demikian), boleh tolong anda dalam kesihatan gigi dan mengurangkan bau musuk mulut!
Bukan sahaja itu, komedi boleh menceriakan anda dan mengurangkan stress – tidak kira apa bentuk badan anda, sains sudah membuktikan mereka yang lebih ceria akan kelihatan lebih cantik dan menawan!
2. Pelajari Ilmu Tentang Kalori
Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu.Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.
3. Kawal Pemakanan
Untuk kurus, perkara paling penting yang wajib anda buat ialah kawal pemakanan. Biasa kita dengar orang kata, sifir untuk kurus ialah 80% pemakanan, 20% senaman.Inilah rahsia cara kuruskan badan dengan cepat.Paling penting adalah inilah cara kuruskan badan tanpa produk. Ianya sangat benar. Apa yang kami maksudkan dengan kawal pemakanan?4. Kawal Kalori Harian
Secara amnya, jumlah kalori yang diperlukan setiap hari jika anda dalam proses untuk mengurangkan berat badan ialah 1500 kalori untuk wanita, 2000 kalori untuk lelaki. Pastikan pengambilan kalori harian anda tak melebihi jumlah yang kami nyatakan tadi.Macam mana nak kira jumlah kalori yang anda makan? Boleh install application yang membantu anda mengira kalori. Berikut adalah beberapa application yang user friendly & mudah untuk digunakan.
- Calorie Counter- MyFitnessPal
- Calorie Counter- MyNetDiary
- Calorie Counter- EasyFit Free
- My Plate Calorie Tracker
- Calorie Counter by FatSecret
- Calorie Counter & Diet Tracker
- Calories In Food
- Calorie, Carb & Food Counter
- My Diet Diary Calorie Counter
5. Portion Makanan
Nak kurus? Jangan makan nasi berpinggan-pinggan. Paling mudah, gunakan penumbuk anda sebagai garis panduan. Banyak mana nak ambil nasi? Ambil sebesar penumbuk. Jangan lebih. Bimbang tak kenyang sebab nasi sikit? Lebihkan sayur-sayuran. Lepas makan minum teh hijau tanpa gula.6. Kawal Pengambilan Gula & Garam
Selain menjaga kalori, memilih jenis makanan & menjaga portion makanan, adalah sangat penting untuk anda mengawal jumlah gula & garam yang diambil setiap hari. Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman. Ha gitu!7. Makan Dalam Kuantiti Yang Kecil
Maknanya, makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap. Simpan biskut dalam ‘handbag’ jika perlu. Pastikan ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.8. Elakkan Makan Waktu Malam
Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal. Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.9. Elakkan Makanan dan Minuman Bergula
Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini semestinya dibuang.10. Tukar Kepada Makanan Yang Rendah Lemak
Kalau pergi Giant atau Tesco, pernah tengok apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan? Kalau anda seorang yang teliti, anda akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak. Berbalik pada ilmu, pelajari tentang pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambilan lemak. Tentu selepas ini anda akan lebih berjaga-jaga. Biasa makan nasi penuh atau nasi separuh?Baca juga: Berat Badan Susah Nak Naik? Cuba Minum ini
11. Makan Buah-Buahan
Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Hargai khazanah negara kita. Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.12. Banyakkan Minum Air Masak
Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?
13. Berjalan dan Berjogging
Tidak pergi gym pun tidak mengapa. Yang penting kena selalu bergerak. Kalau selalu berjogging, bagus juga. Sesekali, kalau asyik naik lif sahaja, apa salahnya naik tangga? Lebih menyihatkan badan, peluh pun keluar. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina. Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!. Berjalan dan berjogging juga merupakan senaman kempiskan perut.
14. Tidur yang Cukup
Percaya tak kalau kami kata, orang yang tak tidur dengan secukupnya akan mengalami masalah berat badan. Susah nak kurus. Kenapa? Kalau kita tidur lambat, berjaga sampai pukul 3.00 pagi, dijamin kita akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak masuk dapur cari makanan. Bila tak cukup tidur, metabolism kita juga akan berkurangan. Macam mana nak bakar lemak?15. Tidur Dalam Sejuk
Apa yang perlu anda lakukan di sini ialah menanggalkan termostat anda atau membuka tetingkap. Penyelidikan dari National Institutes of Health mengatakan bahawa tidur dengan suhu 19 ° C (66 ° F) membantu badan anda menyingkirkan kalori kerana ia membakar lemak untuk mengekalkan suhunya.16. Gosokkan Gigi
Kami yakin bahawa anda sudah melakukannya sekurang-kurangnya dua kali sehari, jadi ia tidak akan menjadi sukar untuk anda. Buatkan tabiat untuk berus gigi selepas makan. Itu akan menghalang anda untuk makan lagi.Pertama, kerana makanan tidak terasa sangat enak apabila anda mempunyai rasa mentol di dalam mulut anda. Kedua, kerana kita terlalu malas untuk berus gigi beberapa kali selepas setiap kali makan, bukan?
Lagipun, tabiat memberus gigi (terutama kepada kamu yang tak buat demikian), boleh tolong anda dalam kesihatan gigi dan mengurangkan bau musuk mulut!
17. Ketawa
Kami yakin anda suka wayang atau program komedi! Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obesity Antarabangsa, apabila kita ketawa, penggunaan tenaga kita meningkat hingga 20%. Selain itu, ia menjadikan otot perut berfungsi! Jadi apakah rancangan komedi kegemaran anda? Tontonkannya, dan mulakan “bersenam.”Bukan sahaja itu, komedi boleh menceriakan anda dan mengurangkan stress – tidak kira apa bentuk badan anda, sains sudah membuktikan mereka yang lebih ceria akan kelihatan lebih cantik dan menawan!