7 Senaman Kempiskan Perut Paling Mudah
2024-08-04T23:08:39Z
Untuk anda yang sedang berusaha untuk kempiskan perut tu, anda boleh buat beberapa senaman yang saya kongsikan ini.
Aktiviti yang saya akan kongsikan ini boleh dilakukan sebagai senaman kempiskan perut lelaki dan juga perempuan.
Senaman Kempiskan Perut
Berikut merupakan beberapa senaman kempiskan perut yang anda boleh cuba buat.
1. Bangkit Tubi
Menurut orang yang berpengalaman, bangkit tubi adalah senaman yang paling efektif untuk kempiskan perut.
Baca juga: Tips Untuk Kuruskan Badan
2. Berbasikal
Aktiviti berbasikal merupakan senaman kardio berimpak rendah yang membakar banyak lemak pada kawasan perut. Oleh itu, kalau anda sedang berusaha untuk mengempiskan perut, berbasikal adalah senaman yang terbaik untuk anda.
3. Senaman kayuhan basikal
Jika anda tiada apa-apa jenis basikal, usah risau. Anda masih boleh lakukan senaman kayuhan basikal tanpa menggunakan basikal. Caranya:
- Baring diatas yoga mat.
- Letak tangan dibawah kepala.
- Naikkan kaki ke atas dan buat gerakan seperti anda sedang mengayuh basikal.
- Anda akan berasa tekanan pada otot perut.
4. Berjogging
Ramai menyangka bahawa aktiviti berjongging adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan dan menurunkan berat badan, bukannya untuk mengempiskan perut. Yang sebenarnya, semasa berjogging, seluruh tubuh badan membakar lemak termasuk perut. Semakin laju anda berlari, semakin kuat otot perut bekerja lalu membakar lemak dengan lebih banyak. Proses memkabar lemak di kawasan perut membantu mengempiskan perut anda.
5. Berjalan kaki
Selain berjogging, aktiviti berjalan kaki juga merupakan senaman kempiskan perut yang anda boleh lakukan. Ianya sangat sesuai bagi mereka yang mengalami kecederaan dan tak mampu untuk berlari. Lagi laju anda berjalan, lagi cepat perut anda akan kempis.
6. Push-Up
Rasanya semua orang tahu bagaimana untuk melakukan push up. Push up merupakan senaman kempiskan perut yang sangat berkesan.
7. Plank
Senaman plank seakan-akan push up cuma bezanya anda perlu kekalkan kedudukan tanpa naik dan turun. Dengar macam mudah, tapi bila dah buat baru akan rasa. Paling penting, pastikan badan anda lurus bukannya melengkung. Jika anda rajin lakukan plank, perut anda akan kempis dengan cepat.
Semoga anda sentiasa semangat melakukan senaman kempiskan perut ini. Sekian.