10 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Ramai Wanita
2024-08-02T04:01:16Z
- Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.
- Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”
- Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”.
- Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.
- Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.
- Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.
- Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.
- Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.
- Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.
- Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.
Baca juga: Gaya Rambut Lelaki Paling Popular
SUMBER: Lelaki Sihat