1. Menyokong dan meningkatkan sistem imunisasi
Lemon tinggi dengan kandungan Vitamin C dan kalium. Kandungan Vitamin C yang tinggi berguna untuk melawan selesema .Kalium pula merangsang otak , fungsi saraf dan membantu
mengawal tekanan darah.
2. Mengimbangkan pH badan
Percaya atau tidak, lemon adalah makanan yang amat beralkali. Ya, mereka adalah berasid dengan sifat yang tersendiri, tetapi di dalam badan kita ianya bersifat alkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan apabila dimetabolismekan). Seperti yang anda Untuk pengetahuan anda, pH badan yang beralkali merupakan kunci kepada kesihatan yang baik.
3. Memperbaiki kulit
Lemon bertindak dengan cemerlang dalam melawan penuaan kulit. Ciri-ciri antioksidan membantu memerangi kerosakan radikal bebas, yang bertanggungjawab untuk gejala penuaan. Kandungan Vitamin C nya juga mewujudkan sintesis kolagen yang boleh mencegah kedutan. Vitamin C diperlukan dalam sintesis asid amino ke dalam kolagen dan tugas kolagen dan tisu penghubung adalah untuk menganjalkandan melindungi tisu kulit kita.
4. Mengurangkan berat badan
Lemon mengandungi pektin, serat larut yang biasa ditemui dalam buah-buahan sitrus. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan.
5. Penghidratan
Lemon juga akan membantu anda kekal terhidrat sepanjang hari, terutamanya jika anda kurang minum air. Ini kerana lemon akan meningkatkan penghasilan air dalam badan.
6. Menyingkirkan toksin
Minuman ini juga akan membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati anda selain merangsang sistem pencernaan anda. Ia juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien.