Kisah Seram Hantu Janet Sarawak Yang Sangat Ditakuti Penduduk
2024-07-01T16:23:56Z
Sekiranya kita bertanya kepada masyarakat Sarawak (Khususnya di Kuching) mengenai hantu, sudah pasti cerita hantu yang paling popular ialah Hantu Janet. Hantu Janet adalah hantu yang kecoh menganggu penduduk Kucing (sehingga kini juga masih ada kes-kes yang direkodkan). Sungguhpun demikian, asal-usul Hantu janet ini mempunyai banyak versi. Di sini kita ceritakan versi yang pertama.
Kisah Hantu Janet ini mula muncul di Sarawak sekitar tahun 70an. Janet adalah seorang gadis yang berketurunan Tionghua yang dipercayai hilang diculik sekitar penghujung 60an. Janet dipercayai bekerja sebagai jururawat di hospital umum kuching. Terdapat juga sumber-sumber menyatakan Janet adalah anak kepada salah seorang doktor yang bertugas di Hospital Umum. Satu Kuching heboh mengenai kes culik yang semakin berleluasa pada masa itu dipercayai ada kaitan dengan pembinaan jambatan Satok.
Kepala orang yang diculik akan dipenggal untuk dijadikan semah kepada penunggu yang sering menghalang pembinaan jambatan Satok. Bila kerja pembinaan tergendala disebabkan sesuatu masalah, bermakna penunggu meminta korban untuk di-semah.
Maka mereka-mereka yang terlibat mula mencari mangsa. Selalunya mereka mencari gadis perawan untuk dijadikan korban. Hanya kepala mereka sahaja yang akan digunakan (biasanya ditanam dalam tiang kongkrit) Cerita mengenai hantu Janet mulai hangat apabila penduduk kampung disekitar Bandaraya Kuching dari Bintagor ke Kudei hidup dalam ketakutan kerana mereka sering terserempak dengan seorang wanita yang berbaju merah, berkasut merah dan membawa payung berwarna merah juga.
Wanita itu sering merayau-rayau di dalam kampung untuk menarik perhatian golongan lelaki khususnya untuk diajak menonton wayang. Hantu Janet juga dikatakan kerap menahan kereta dan meminta untuk ditumpangkan ke sesuatu kawasan. Setibanya di kawasan yang dimaksudkan, wanita berpakaian serba merah itu akan hilang dalam sekelip mata meninggalkan bau yang busuk. Janet semasa hayatnya dipercayai suka menonton wayang midnight. Sering kali pekerja dipanggung wayang menerima kehadiran seorang wanita berbaju serba merah pada waktu tengah malam untuk menonton wayang. Wang yang diberikan bertukar menjadi daun atau duit cina mati pada keesokkan harinya.
Ada juga dakwaan lain mengatakan wanita berpakaian serba merah sering kelihatan menaiki feri pada waktu malam untuk merentasi Sungai Sarawak. Setibanya feri di seberang sungai, wanita itu akan hilang dan duit tambang yang dibayarnya akan bertukar menjadi daun kering ataupun wang kertas palsu yang digunakan kaum Cina untuk dibakar pada upacara kematian. Sehingga hari ini, operator feri enggan enggan meneruskan perkhidmatan selepas jam 10 malam. Ada juga yang memberitahu terlihat Hantu Janet berlegar-legar di kawasan Hospital Umum Sarawak.
Hantu Janet menjadi satu fenomena misteri yang sangat ditakuti, sehingga penduduk-penduduk Kuching sampai enggan menyebut namanya. Jika disebut, maka hantu Janet pasti akan menganggu mangsa tersebut di waktu malam.