9 Cara Mengatasi Muka Berminyak Agar Kelihatan Flawless
2024-08-04T23:08:39Z
Anda jangan risau, jom kita amalkan tips-tips untuk mengatasi masalah muka berminyak agar kelihatan flawless. Jika anda amalkan tips tips ini dengan sedikit usaha pasti anda akan mampu mendapatkan muka yang tidak lagi berminyak dan nampak flawless. Mari kita lihat apakah tips tips yang kita boleh amalkan untuk mendapatkan raut muka wajah yang tidak berminyak.
Senarai Kandungan [Show]
Cara Mengatasi Muka Berminyak
Berikut merupakan beberapa tips untuk mengatasi kulit muka yang berminyak:
1. Gunakan Pembersih Muka Yang Lembut
Pilih pembersih muka yang mengandungibenzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid ataubeta-hydroxy acid.Kandungan ini sangat lembut dengan semua jenis kulit tambah lagi yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.
2. Cuci Muka Waktu Siang Dan Malam
Cuci muka sebaik bangun tidur dan sebelumtidur.Ia akan menstabilkan kadar pengeluaran minyak semula jadi di kulit muka.
3. Elakkan Mencuci Muka Dengan Air Panas
Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan jika kita elakkannya maka hilanglah kulit berminyak secara semula jadi pada muka.4. Elak Makanan Yang Menghasilkan Minyak
Makanan yang tinggi lemak, gula dan garam penyumbang kepada muka berminyak, begitu juga produk tenusu.Hadkan pengambilan makanan sebegini untuk elakkan muka berminyak.
5. Ambil Makanan Yang Tinggi Fiber
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan sitrus terutamanya sangat bagus untuk mengurangkan penghasilan minyak berlebihan.Sebaiknya makan sayur-sayuran yang direbus atau dikukus.