Lelaki Ini Kongsi Kisah Seramnya Selepas Terjumpa Foto Rumah Sewanya Berhantu

'Setiap malam terdengar bunyi tapak kaki, pintu diketuk kuat' - Lelaki Ini Kongsi Kisah Seramnya Selepas Terjumpa Foto Rumah Sewanya Berhantu

Apa yang anda akan lakukan sekiranya mendapati hostel yang didiami anda rupa-rupanya berhantu?

Seorang lelaki di Thailand ternampak gambar viral di media sosial menunjukkan penampakan kelibat makhluk misteri keluar dari dinding dan hanya menyedari tempat itu adalah di hostel yang didiaminya.

Wuttichai Songthanawut kemudian memuat naik gambar itu di Facebook dan berkongsi pengalaman seramnya tinggal di hostel tersebut.

"Saya baru terjumpa gambar ini tetapi bukan dirakam oleh saya. Namun ia mengingatkan saya, itu adalah tempat tinggal saya, 15 tahun lalu.


"Ada seorang penyewa perempuan yang tinggal berdepan dengan kami, bekerja syif malam. Dia tidak mahu memberitahu siapa yang tinggal di bilik sewa itu sebelum kami. Dan sejak dari itu, bermulalah kejadian yang pelik berlaku.

"Sewa sebulan 500 baht (RM67), bilik tidaklah menyeramkan. Dinding dicat baru, tilam dan cadar juga baru. Terletak di tingkat empat (paling atas), pemandangan pun okey tetapi ada baik pelik. Tapi tak apa, saya boleh biasakan diri.

"Pada malam saya pindah masuk, saya bermimpi ada seseorang berdiri di depan pintu sambil memandang saya. Rambutnya panjang tetapi tak dapat tengok muka dia.


"Semenjak itu, saya kerap bangun di tengah malam. Selalu terdengar bunyi tapak kaki dan bunyi loceng kaki sekitar jam 1 pagi. Saya fikir, itu mesti penyewa di bilik depan.

"Adakalanya, pintu diketuk dengan kuat, macam nak dibuka tetapi saya takut dan tak buka pun pintu. Saya tahu itu bukan kawan atau keluarga sebab saya tak beritahu pun mereka di mana tempat saya tinggal. Saya ingatkan orang salah bilik tetapi setahu saya tiada penghuni lain di sini.

"Satu hari, apabila teman wanita saya yang sepatutnya datang selepas kelasnya tamat pada jam 4 petang, saya tidur sebentar. Tidak beberapa lama kemudian, terdengar bunyi pintu diketuk. Ingatkan dia, saya terus bangun dan dalam keadaan mamai pergi buka pintu.

"Mata kabur tapi saya nampak sekujur tubuh wanita berdiri di depan pintu, masuk ke dalam bilik dan hilang di dalam bilik air. Saya terus tersedar sepenuhnya.

"Saya terus bersembahyang, lagipun saya tiada tempat tinggal yang lain dan saya orang yang baik, cuma tinggal di sini untuk menyambung pengajian.


"Selepas kejadian itu, hantu itu tidak pernah kembali dan bunyi bising yang mengganggu selama ini turut hilang," katanya.

Selepas kejadian itu, Wuttichai berjaya memujuk penyewa di depan untuk menceritakan keadaan sebenar.

"Menurut dia, sebelum saya pindah masuk ada sepasang kekasih tinggal di bilik itu dan sering bertengkar. Adakalanya pertengkaran mereka menjadi ganas dan saling tampar menampar. Sehinggalah satu hari, si perempuan itu hilang 2-3 hari.

"Dalam masa yang sama, bau busuk datang dari bilik pasangan itu membuatkan penyewa berasa curiga lalu membuka pintu bilik dan mendapati si perempuan mati tergantung di kipas siling di tengah bilik dengan kesan darah di dinding dan tilam.

"Housemate saya tak takut sebab dia tiada di rumah pada waktu malam. Patutlah bilik yang saya sewa itu dicat baru, tilam baru bagai.

"Selepas saya sembahyang, hantu itu tidak pernah mengganggu saya lagi," katanya.

Perkongsian Wuttichai itu dikongsi lebih 47,000 kali.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel