Pengalaman Seram Disapa Lembaga Yang Menyerupai Kakak Di Rumah Banglo 2 Tingkat
2024-07-01T16:23:56Z
Aku nak share story seram rumah sewa dekat terengganu yang aku dan family bermalam. Ni pon cerita benar dan fakta bukan auta bukan fuckta.
So yah, here we go. Family aku decide nak bercuti dekat terengganu la kisahnya. Then cuba la cari dekat google rumah sewa yang berpatutan harga dan bilangan bilik. Pastu, kami pon jumpa la satu blog sewaan rumah di terengganu. Abah pon ambil nombor pemilik pastu whatsapp la.
Rumah tu disewa berharga Rm150 semalam. So kami bayar la untuk 2 malam. Kami bercuti situ just 3 hari 2 malam. Pastu, abah bawak la pergi ke rumah yang pemilik hantar location on whatsapp. Jalan ke rumah sewa tu agak kecil dan nak sampai kerumah tu pon dalam jugak.
Pastu, sampainya kat rumah tu. Memang rasa seronok la jugak dengan rumah besar. Aku rasa rumah tu mcm bangalow la jugak ha, 2 tingkat rumah tu. Then, dah sampai tu aku, abg, kakak, dgn abah masuk la rumah tu nak tengok mcm mana kat dlm kan.
"mak kau tak masuk ka". So yah, sampai ja rumah sewa mak aku tak masuk. Mak aku duduk kat luar lama la jugak. Dia cakap dia tak sedap hati, mcm ada yang tak kena mcm tu. Abg ckp " takda apa lah, okey ja. Sejuk pon sejuk sini"
Then, aku tgok mak aku pusing satu rumah tu sambil baca ayat kursi. Time tu aku blur gila. Dah kenapa pusing2 satu rumah. Pastu mak masuk rumah. Rumah tu tangga dia bukan tangga yang jenis lurus, tapi tangga rumah tu mcm kena pusing tu, ala mcm dlm tv yg artis belakon tu.
Time tu, kakak nk mandi. Kakak nk turun la pergi mandi. Masa dia nk turun tangga tu, dia rasa mcm ada org main main sentuh pergelangan kaki dy. Tapi masatu kakak buat taktau jelah, dia ingat dia tersangkut dgn apa apa ka.
Habis ja dy mandi then pergi salin baju dia turun la nk join aku tgok tv. Selalunya kan kalau rumah sewa depa akan letak buku atau majalah apa apa jelah kan untuk jadi bahan bacaan. Aku nak ambil buku tu kat meja depan kakak la.
Ha masatu aku tgok buku lali kakak mcm biru lebam lebam mcm tu. Aku pon tegur la kot kakak jatuh mana mana ka. Dia pon terkejut tgok kaki dy, yala masabila dy jatuh kan. Elok mandi apa semua. Then kakak tunjuk la kat abg.
Abg kata " ala kak hg manja ngat tu, ada la tu jatuh mana mana bukan nk habaq kat hg kot. Takda apa aih, sapa berani buat adik2 aku. Aku tonjoi guna siku" abg aku mmg suka ckp besar. Suka buat dia paling hero.
Masatu nak masuk maghrib, mak ngan abah puasa sunat isnin . So, tgh bersiap la hangatkan balik gulai yang beli masa otw nk pergi rumah sewa ni untuk berbuka. Dapur masak tu, berdepan dengan tingkap and sebelah tu pintu belakang. Pintu tu mcm pintu besi.
Masa mak tengah hangatkan gulai, ada "benda" main cakar cakar dekat pintu besi tu. Mak buat taktahu lagi time tu. Pastu, mak nak masak air. Tiba tiba mak ada dengar org ketuk tingkat. Mak still buat taktau jugak.
Then, masa mak tgh buat air, mak nampak ada something tgh intai dari tingkap tu. Yala tingkap tu tingkat kaca yg sliding tu. So kita bole nampak benda kat luar mcm tu. Lepas mak rasa tak sedap hati tu, mak baca ayt kursi dgn 3 qul.
Mak panggil abg, "ahmad, tengok kejap belakang ni ada apa apa tak. Risau ada binatang apa apa ka bahaya kalau masuk nanti ". Abg dgn muka cuak dy jwb" eh alaa, suruh abah la mak, abg nk buat keja kejap" dan dan ada ja sebab dy. Tadi bukan main cakap besar.
Pastu, yg pergi bukak pintu tu abah lah. Abah tgok takda apa pon. Pastu abah tutup pintu balik. Then, mak mcm xsedap hati. Aku dgr mak ada minta izin mcm ni "Assalamualaikum, kami nak tumpang tidur disini sekejap, kalau betul kau wujud dalam rumah ni, kau bagi je tanda2"
Tiba2, mak ada dengar mcm bayi nangis. Masatu mcm samar samar sikit bunyi nya. Then mak pon mcm buat endah tak endah la lagi. Then, satu masa tu, dh hbis berbuka, mak nk masuk bilik nak solat maghrib.
Dalam rumah tu, ada 3 bilik. Kesemua bilik tu kecik2 je. Bilik mak besar la sikit dari kami. Dalam bilik tu just ada katil dgn almari. Almari jenis kayu yang berat tu. Masa mak nk hampar sejadah, mula tu ada pasu hiasan yg ada bunga kecil jatuh dekat atas sejadah tu.
Pstu mak angkat la balik, mak ingat kipas tolak ka apa. Sebab bilik tu mmg ada kipas stand yg kuat jugak la angin dy. So, kisahnya,,time mak tgh solat, masa mak duduk antara dua sujud, tiba2 almari kayu yang berat gila tu pintu dy terbukak tutup terbukak tutup.
Pastu mak nak sujud, kau bayangkan almari kayu yg berat tu bole jatuh kedepan seakan ada org tolak weh. Nasib baik time tu mak aku solat jauh sikit dari almari tu. Lillahi, benda ni betul2 jadi. Almari yg berat tu bole jatuh. "Dia" betul2 bagi tanda.
So, habis mak solat. Mak panggil abg ngan abah tolong angkat almari tu. Abg ckp "mak, jum cari rumah lain". Mak balas la " eh, ni baru sikit. Abg bukan berani ke". Pastu abg cept2 angkat almari tu dgn abah, pastu terus dia masuk bilik kemas brg duduk depan.
Mak pon bagitahu, suruh kemas2 cari rumah lain. Aku pon pergi la masuk dalam bilik nk kemas brg. Aku lipat baju dan masukkan balik dalam beg. Then kakak ketuk pintu, kakak tanya "nak keluar ka". Aku pon jawab ah " ha ah kak, mak suruh kemas nak cari rumah lain"
Pastu, kakak keluar balik. Then hbis aku kemas kan aku nk keluar pergi duduk depan. Kakak dtg lagi " weh adik, mak suruh kemas nk cari rumah baru" pstu aku jwb ah " yelah, tadi kan kak masuk pastu adik bgitau jugak kan".
Then, kakak aku ckp " masabila aku tanya kau, aku baru ja nk masuk kemas bilik ni haa" pastu aku ckp ah " eh tadi kau kan yg tanya, "nak keluar dh ke"" pastu aku tercengang aku pikir balik. Aku jadi gigil weh, aku siap2 kakak pon kejan cepat kami semua tunggu kat ruang tamu.
Pastu kami semua dh siap, kami masuk dlm kereta tu. Abah call owner, kata ada emergency nak kena balik. Duit tu halal la kat dy. Then masa nak gerak tu, aku tgok lampu blah bilik aku. Tadi kami lari kan tak tutup lampu kan. Tapi bila kereta dh gerak, lampu bilik terus tutup.
I dunno sapa yg tutup lampu bilik ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ sampai sekarang terngiang ngiang soalan tu weh. " Dah nak keluar ke" . Ya Allah, aku bole jadi gila weh ðŸ˜.
So yah. Lepastu kami dpt rumah sewa baru. Rumah yg kami bermalam yg baru ni, okey je. Selamat dari segala benda ☺. Tamat. Thanks sudi baca guys ❤
SUMBER: @themiemiemie