Cara Buat Duit Dengan TikTok 2024
2024-07-31T15:27:09Z
Cara buat duit dengan TikTok sebagai panduan untuk anda untuk mula menjana pendapatan dan menerima bayaran gaji dari apps ini pada tahun 2024.
TikTok merupakan salah satu aplikasi yang mempunyai ramai pengguna di seluruh dunia. Mesti anda boleh nampak ramai content creator di TikTok yang berjaya buat duit dengan TikTok.
Jadi, berikut saya kongsikan kepada anda beberapa cara yang boleh anda cuba untuk mula menjana pendapatan sampingan daripada platform TikTok.
Cara Buat Duit Dengan TikTok
1. Menaikkan Jumlah Followers dan Menjual Akaun
Cara pertama orang buat duit dari TikTok ialah dengan mengembangkan akaun dan kemudian menjualnya.
Buat masa sekarang, sangat mudah untuk menaikkan followers di TikTok berbanding dengan media sosial yang lain kerana semakin ramai orang yang aktif menggunakan TikTok.
Anda cuma perlu cari niche atau topik yang ramai orang suka atau minat dan buat konten untuk topik tersebut secara konsisten. Saya yakin cara ini sangat berkesan untuk menaikkan followers TikTok kerana saya sudah mencubanya. Kunci yang paling penting ialah, ramai orang minat topik tersebut dan konsisten untuk post video.
Dari pemerhatian yang saya lakukan, topik yang mudah untuk mendapatkan followers TikTok dengan cepat ialah, konten yang menghibur, fakta menarik, drama, klip lawak dari streamer dan banyak lagi. Anda boleh cari sendiri topik yang anda rasa sesuai.
Setelah followers akaun TikTok anda naik, bolehlah cari pembeli yang berminat untuk mendapatkan akaun TikTok anda.
Baca disini: Cara Menaikkan Followers TikTok Dengan Cepat
2. Derma atau Syiling Pembayaran Dari Live Di TikTok
Jika anda mempunyai lebih 1000 followers di akaun TikTok, anda boleh melakukan live atau siaran langsung di TikTok dan menerima sumbangan yang diberikan oleh fans semasa anda live streaming. Buat masa sekarang ini adalah cara yang paling popular untuk buat duit dari TikTok.
Jadi semasa anda buat siaran langsung, penonton dapat memberikan hadiah pelekat (sticker gift) yang kemudiannya dapat ditukar dengan duit dari TikTok. Sticker gift ini dihantar oleh penonton sebagai bentuk penghargaan atas usaha pencipta kandungan dalam menghasilkan kandungan TikTok.
Tips untuk mendapatkan ramai viewers dari siaran langsung di TikTok ialah paling utama adalah anda perlu memberikan konten yang berkualiti dan menarik minat orang untuk menonton anda. Memang pada awal viewers memang sangat rendah, melainkan anda memang terkenal pasti ramai viewers. Jangan putus asa melihat jumlah viewers yang sedikit pada awalnya kerana apabila semakin ramai yang mengenali anda, sudah pasti viewers pun semakin naik.
Antara idea untuk konten anda semasa live di TikTok ialah menyanyi, bermain alat muzik, challenge dan banyak lagi. Gunakan bakat yang anda miliki. Anda boleh cari idea sendiri dengan menonton TikTokers yang lain.
3. Sponsored Content Post
Sponsored Content Post adalah anda sebagai influencer TikTok, yang mempromosikan jenama tertentu. Ini juga boleh dipanggil paid review.
Kebiasaanya, agensi atau jenama akan melihat jumlah followers, like dan tontonan video, untuk mengukur engagement content creator di TikTok.
Buat duit di TikTok dengan Sponsored Content Post atau paid review sangat sesuai untuk anda yang mempunyai ramai followers. Kalau tidak ada jenama yang mencari ada untuk buat Sponsored Content Post atau paid review, anda boleh cari sendiri jenama dengan menghubungi mereka dan bagitahu mereka anda buat paid review. Kalau ada rezeki, pasti dapat.
Dimana mahu cari jenama untuk bekerjasama? Kalau anda nampak ada TikTokers yang melakukan review untuk sesuatu jenama, anda pergilah hubungi jenama tersebut.
Untuk anda yang masih kurang followers, berusahalah untuk tingkatkan followers anda.
4. Program Affiliate Shopee
Cara ini pun boleh dikatakan berkesan untuk buat duit dengan TikTok. Anda perasaan tak ramai content creators di TikTok yang buat video unboxing barang dari shoppe seterusnya mencadangkan anda untuk klik link di bio mereka sekiranya berminat untuk mendapatkan barang yang mereka unbox. Istilah seperti dikatakan racun shoppe di TikTok.
Apabila anda membeli barang menggunakan link yang diberikan oleh content creator tersebut, content creator itu akan dapat komisen.
Jadi, anda boleh gunakan cara ini untuk buat duit dengan TikTok. Daftar program affiliate shoppe dan buat video mengenai barang dari shoppe yang anda rasa boleh menarik minat orang lain untuk beli.
Baca juga: 10 Aplikasi Buat Duit Terbaik
Itulah beberapa cara yang paling relevan untuk kita buat duit dengan TikTok di Malaysia ini. Sangat bagus sekiranya ada program Creator Fund di Malaysia, namun program tersebut belum ada di Malaysia. Harap tidak lama lagi Creator Fund akan ada di Malaysia supaya boleh jana duit seperti content creator dari beberapa negara di barat.