Resepi Nasi Arab Yang Simple Tapi Sedap

Resepi Nasi Arab | Salam sejahtera semua. Ini saya kongsikan kepada anda satu resepi yang ramai orang cari iaitu resepi nasi arab.
Resepi Nasi Arab Yang Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan untuk memasak nasi arab:

Bahan untuk nasi:
  • 2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
  • 4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
  • garam secukup rasa
  • 2 sb minyak sapi
  • pewarna kuning dan oren

Bahan yg disangai dan dikisar kering:
  • 1/2 sm jintan manis
  • 1/2 sm jintan putih
  • 1/2 sm bunga cengkih
  • 1/2 sm lada hitam
  • 1/2 sm biji ketumbar
  • 1/2 sm buah pelaga

Bahan untuk ditumis:
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
  • buah pelaga
  • kayu manis
  • bunga lawang

Cara-cara untuk memasak nasi arab:

  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati. 
  3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
  4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
  5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
  6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Resepi Ayam: ( saya settlekan yg ni dulu, perap....kemudian baru masak nasi)

1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar:

3 in halia
2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Caranya:

1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.

Resepi Salad:

1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

Air Asam:

3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji  buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin  bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel