Resepi Pulut Mangga Harum Manis
2024-07-01T16:23:56Z
Resepi Pulut Mangga Harum Manis | Salam sejahtera semua. Ini saya kongsikan kepada anda satu resepi yang ramai orang cari iaitu resepi perlis iaitu pulut mangga harum manis.
Bahan-Bahan Untuk Menyediakan Pulut Mangga Harum Manis:
- 2 biji mempelam Harum Manis masak
- 1 kg beras pulut - direndam 20 minit
- 250 gm santan pekat
- garam secukup rasa
- 2 helai daun pandan
Cara-Cara Untuk Menyediakan Pulut Mangga Harum Manis:
- Sediakan pengukus bersama air untuk mengukus pulut.
- Toskan beras pulut yang direndam dan masukkan ke dalam pengukus bersama daun pandan.
- Kukuskan pulut selama 10 minit atau sehingga masak.
- Sementara itu campurkan santan pekat dengan 500 ml air serta garam secukup rasa dan panaskan hingga mendidih.
- Angkat pulut yang dikukus dan gaulkan dengan santan sehingga sebati.
- Angkat dan hidangkan bersama mangga masak.