Cara Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Paling Berkesan
2024-08-04T23:08:39Z
Kulit yang bersih dan cantik adalah salah satu elemen utama kecantikan seseorang. Salah satu cara yang pasti untuk memiliki kulit yang sihat dan sempurna adalah dengan merawatnya setiap hari.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa cara yang paling terbaik yang akan membantu anda menghilangkan blackhead dan whitehead dari hidung dan wajah anda secara semula jadi.
Potong sebiji lemon dan tuangkan madu yang cukup untuk menutup permukaan lemon yang telah dipotong. Kemudian taburkan dua cubit gula pada lemon tersebut dan urut perlahan-lahan kawasan yang bermasalah dengan lemon dalam gerakan bulat.
Sila lakukan cara ini sekali seminggu sahaja. Jangan lebih-lebih. Sudah pasti anda mampu menghilangkan blackhead dan whitehead dengan berkesan.
Masa terbaik untuk menggunakan cara yang ini adalah tepat selepas mandi kerana panas dari air akan membuka liang pori anda. Mulakan dengan menggunakan vaseline ke kawasan yang terjejas yang perlu dirawat. Setelah selesai menggunakannya, letakkan bungkus plastik di atas vaseline tadi. Dengan plastik masih di tempat tadi, sapukan tuala panas dan biarkan sehingga sejuk kembali ke suhu bilik. Kemudian gunakan tisu untuk menghilangkan lebihan vaseline dari wajah anda, dan perlahan-lahan memerah kulit di mana blackhead menyumbat liang-liang anda untuk menghilangkannya. Kekotoran harus dikeluarkan dengan mudah. Akhir sekali, sapukan losyen pada kulit anda menggunakan kapas.
Lakukan cara menghilangkan blackhead dan whitehead menggunakan vaseline dan plastik ini sekali atau dua kali dalam sebulan.
Fungsi putih telur untuk hilangkan blachead dan whitehead ialah mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka. Pertama sekali, pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan cara ini dua kali seminggu kalau nak tengok hasil yang terbaik.
Ya timun juga sangat membantu anda untuk menghilangkan whitehead dan blackhead kerana timun membantu mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah. Cara untuk menggunakan timun bagi menghilangkan blackhead dan whitehead ialah ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan supaya blackhead dan whitehead cepat hilang.

Cara Hilangkan Blackhead Dan Whitehead
1. Lemon + madu + gula
Potong sebiji lemon dan tuangkan madu yang cukup untuk menutup permukaan lemon yang telah dipotong. Kemudian taburkan dua cubit gula pada lemon tersebut dan urut perlahan-lahan kawasan yang bermasalah dengan lemon dalam gerakan bulat.
Sila lakukan cara ini sekali seminggu sahaja. Jangan lebih-lebih. Sudah pasti anda mampu menghilangkan blackhead dan whitehead dengan berkesan.
2. Vaseline Vaseline + Plastik
Masa terbaik untuk menggunakan cara yang ini adalah tepat selepas mandi kerana panas dari air akan membuka liang pori anda. Mulakan dengan menggunakan vaseline ke kawasan yang terjejas yang perlu dirawat. Setelah selesai menggunakannya, letakkan bungkus plastik di atas vaseline tadi. Dengan plastik masih di tempat tadi, sapukan tuala panas dan biarkan sehingga sejuk kembali ke suhu bilik. Kemudian gunakan tisu untuk menghilangkan lebihan vaseline dari wajah anda, dan perlahan-lahan memerah kulit di mana blackhead menyumbat liang-liang anda untuk menghilangkannya. Kekotoran harus dikeluarkan dengan mudah. Akhir sekali, sapukan losyen pada kulit anda menggunakan kapas.
Lakukan cara menghilangkan blackhead dan whitehead menggunakan vaseline dan plastik ini sekali atau dua kali dalam sebulan.
3. Putih Telur
Fungsi putih telur untuk hilangkan blachead dan whitehead ialah mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka. Pertama sekali, pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan cara ini dua kali seminggu kalau nak tengok hasil yang terbaik.
4. Timun
Ya timun juga sangat membantu anda untuk menghilangkan whitehead dan blackhead kerana timun membantu mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah. Cara untuk menggunakan timun bagi menghilangkan blackhead dan whitehead ialah ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan supaya blackhead dan whitehead cepat hilang.
Baca juga: 8 Khasiat Timun Jepun Untuk Kesihatan
Ais membantu meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat. Cara untuk menggunakan ais bagi menghilangkan blackhead dan whitehead ialah balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
5. Ais