Punca Gusi Bengkak dan Cara Untuk Mengatasinya
2024-08-04T23:08:39Z
Adakah anda pernah mengalami gusi bengkak atau bernanah?
Dalam artikel ini, saya akang kongsikan kepada anda punca gusi bengkak atau bernanah dan cara untuk menghilangkan atau mengatasi masalah gusi bengkak atau bernanah ini.
Punca Gusi Bengkak Atau Bernanah
Penyebab umum gusi bernanah adalah apabila seseorang mengalami jangkitan bakteria. Apabila anda mengalami jangkitan, bakteria di rongga mulut akan terus tumbuh dan menyebabkan penumpukan cairan, atau apa yang biasa disebut nanah.Seiring waktu, penumpukan ini akan membuat gusi kelihatan bengkak. Keadaan ini disebut abses. Apabila gusi tidak lagi dapat menahan nanah, abses boleh pecah. Nanah juga boleh keluar melalui gusi dan gigi. Berikut adalah beberapa keadaan yang boleh menyebabkan penumpukan bakteria yang menyebabkan gusi bernanah.
- Tidak menjaga kebersihan mulut dengan baik
- Gigi berlubang
- Gigi bongsu tumbuh miring
- Sistem imun yang lemah
Cara Hilangkan Gusi Bernanah atau Bengkak
- Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pastikan menggunakan teknik memberus gigi yang betul.
- Gunakan ubat kumur yang mengandungi antiseptik kerana boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan pada gigi dan mulut, termasuk gusi.
- Minum banyak air, terutamanya selepas makan. Minum air dapat membantu membersihkan sisa makanan dari gigi anda, sehingga mengurangkan penumpukannya
- Jangan merokok kerana bahan-bahan dalam rokok boleh mencetuskan pelbagai penyakit, termasuk penyakit gigi dan gusi.
- Elakkan tekanan. Tekanan boleh mencetuskan pengeluaran hormon kortisol, yang meningkatkan risiko keradangan di seluruh badan, termasuk gusi.
Baca juga: 8 Khasiat Daun Sup Untuk Kesihatan