Resepi Kek Marble Paling Mudah dan Sedap
2024-07-01T16:23:56Z
Salam sejahtera semua, mesti ramai yang sedang cari resepi kek marble kan?
So, dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda cara untuk buat kek marble yang paling sedap.
P/S: Guna marjerin pelangi. Nak sedap lagi guna la butter. Pastu vico. Tepung gandum & baking powder. Nak add on esen vanilla dialu2kan.
Nota : suhu bergantung pada oven masing-masing.
So, dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda cara untuk buat kek marble yang paling sedap.
Resepi Kek Marble bajet Cuma Guna 5 Bahan
Bahan-Bahan
- 1 1/2 cawan marjerin
- 1 cawan susu pekat manis
- 4 biji telur saiz B
- 2 cawan tepung naik sendiri / tepung gandum + 1 sudu baking powder
- 3 sudu serbuk koko/ milo
Cara-Cara
- Satukan marjerin & susu.
- Sebati je, masukkan telur.
- Paling mudah, blend sahaja
- Masukkan tepung.
- Bahagi 2 adunan. Satu campur dengan serbuk koko/milo.
- Tuang selang seli dalam loyang.
- Ciknaa pakai loyang saiz 8.
- Kalau saiz 7 lagi tinggi kek ni.
- Bakar suhu 180/40minit ikut oven korang.
P/S: Guna marjerin pelangi. Nak sedap lagi guna la butter. Pastu vico. Tepung gandum & baking powder. Nak add on esen vanilla dialu2kan.
Resepi Kek Marble Butter + Minyak Jagung
Bahan-Bahan
- 150 gm butter
- 120 gm gula castor
- 100 gm minyak jagung
- 250 gm tepung naik sendiri (diayak)
- 1/2 cup susu pekat manis
- 4 biji telur gred A atau 5 biji telor gred B
- 1 sudu makan (membukit) ovallette
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu makan chocolate emulco (atau 1 sudu makan serbuk koko)
Cara-Cara
- Pukul butter dan gula castor hingga kembang dan berwarna putih.
- Masukkan minyak jagung dan putar.
- Masukkan telur satu persatu dan putar.
- Masukkan susu pekat manis & ovallette dan putar.
- Masukkan esen vanilla dan putar.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada dua (2) bahagian.
- Yang sebahagian digaulkan dengan chocolate emulco. Manakala yang sebahagian lagi dibiarkan dengan warna asal. Boleh juga letak lain-lain pewarna ikut kegemaran masing-masing.
- Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
- Dua biji Loyang ukuran 7”x 7” dipanaskan di dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.
- Tuangkan adunan warna asal dan warna chocolate ke dalam loyang secara berselang seli hinggalah adunan habis. Setiap adunan sebanyak 3 sudu dan akhir sekali sebanyak 2 sudu.
- Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah selama 50 minit / hingga masak.
Nota : suhu bergantung pada oven masing-masing.