Cara Hilangkan Kesan Hangus Seterika
2024-07-01T16:23:56Z
Cara Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika - Mungkin ramai antara kita pernah mengalami situasi dimana kita gagal mengawal suhu kepanasan seterika dan menyebabkan pakaian kita jadi mangsanya. Pada artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua beberapa cara atau tips yang paling mudah untuk menghilangkan kesan terbakar pada seterika.
1. Ubat Gigi
Caranya sangat mudah tanpa perlu panaskan seterika. Pertama sekali, gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada kesan terbakar. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tertanggal dengan mudah. Ulang langkah ini beberapa kali atau sehingga ianya betul-betul bersih.
2. Garam
Mula-mula, taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil dan kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum.
Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan terbakar.
3. Soda Bikarbonat
Campurkan sedikit air pada serbuk baking soda sehingga menjadi pes. Kemudian sapu pada permukaan seterika yang terbakar atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindak balas. Kemudian, ambil kain dan gosok perlahan-lahan. Semua kesan kehitaman yang terlekat akan tanggal.
4. Kertas Pasir
Macam guna garam tadi, kita panaskan seterika dan gosok hingga kotoran tertanggal.
Sebaiknya guna bahagian yang kasar dulu, kemudian guna yang nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih.
5. Lilin
Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk atau kain yang tak digunakan lagi.
6. Daun Pisang
Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang. Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika tadi.