Resepi Apam Balik Nipis Rangup

Resepi Apam Balik Nipis Rangup

Berikut saya kongsikan kepada anda, resepi apam balik nipis dan rangup yang paling mudah dan anda pasti boleh buat.

Bahan-Bahan Untuk Menyediakan Apam Balik Nipis Rangup

1

½ cawan gula pasir

2

1 biji telur

3

1 ½ cawan air

4

2 cawan tepung gandum

5

½ sudu teh soda bikarbonat

6

1 sudu teh baking powder

7

1 helai daun kunyit (hiris nipis)

8

Pewarna kuning

Bahan Tabur

1

Gula pasir

2

Jagung krim

3

Kacang tanah (ditumbuk kasar)

4

Marjerin

Cara-Cara Menyediakan Apam Balik Nipis Rangup

1

Blend gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan blend lagi.

2

Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, blend hingga sebati.

3

Panaskan kuali ‘non stick’ atau sapukan planta sedikit pada acuan apam balik.

4

Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.

5

Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim dan kacang dan tutup seketika.

6

Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Selesai.

Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.


Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel