Cara Tebus RM150 eBelia Melalui Touch n Go, Boost, ShopeePay & BigPay


Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penebusan kredit RM150 menerusi eBelia bermula, 1 Jun 2021.

Kredit tersebut boleh ditebus di Touch 'n Go eWallet, Boost, ShopeePay dan BigPay.

Syaratnya adalah individu berumur 18 hingga 20 tahun dan penuntut IPT sepenuh masa. Bermakna, jika anda seorang berumur lingkungan tersebut atau pelajar IPT, anda layak menebusnya.

CARA CLAIM KREDIT EBELIA RM150 MELALUI TNG EWALLET

  1. Buka aplikasi TNG eWallet dan klik pada ikon eBelia Credit. Atau klik ikon Profile di penjuru kanan muka hadapan aplikasi.
  2. Tekan butang Let’s Go.
  3. Sila ambil gambar kad pengenalan anda depan dan belakang.
  4. Ambil gambar selfie diri anda yang jelas.
  5. Akaun Touch n Go eWallet anda akan diverifikasi dalam masa 48 jam.

CARA CLAIM KREDIT EBELIA RM150 MELALUI BOOST EWALLET

  1. Download app Boost terlebih dahulu di appstore/googleplay
  2. Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
  3. Upgrade kepada Boost Premium.
  4. Sahkan atau verify akaun Boost.
  5. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
  6. Klik “Get ready to claim eBelia ” dan ikut arahan yang diberikan.
  7. Claim e-kredit RM150 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 1 Jun 2021

CARA TEBUS KREDIT PERCUMA RM150 EBELIA SHOPEEPAY

  1. Buka aplikasi Shopee dan klik "ShopeePay" pada bahagian profil.
  2. Klik "Set up ShopeePay"
  3. Isi maklumat berkaitan serta lakukan pengesahan.
  4. Selain itu, pengesahan perlu dibuat dengan mengambil selfie bersama kad pengenalan (IC).
  5. Setelah selesai, anda hanya perlu klik "claim" sahaja yang akan terpapar bermula 1 Jun 2021.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel