Cara Untuk Kelihatan Offline di WhatsApp Walaupun Kita Online

cara tutup online whatsapp
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda cara untuk kelihatan offline di WhatsApp semasa telefon pintar bersambung ke internet atau online.

Jadi di mata rakan kita, kita tidak akan tersedia untuk bersembang dengan mereka di WhatsApp, tidak kira sama ada kita log masuk atau tidak.

Masa kini, aplikasi WhatsApp digunakan sebagai alternatif kepada SMS dan panggilan. Memanggil seseorang atau menghantar mesej kepada mereka di WhatsApp adalah lebih murah dan oleh itu ia telah menjadi cara terbaik untuk menghubungi rakan atau kenalan dengan kos yang lebih rendah.

Walau bagaimanapun, tidak seperti SMS, aplikasi WhatsApp menunjukkan bahawa kita sedang online setiap kali buka aplikasi WhatsApp. Oleh itu, ini mendedahkan kita kepada sesiapa sahaja yang ingin menghubungi kita walaupun kita tiada mood untuk berchat.

1. Ubah setting "Last Seen"

Jika anda ingin kelihatan offline di WhatsApp, ini adalah pilihan yang paling penting untuk dilakukan. Caranya sangat mudah:
Cara Untuk Kelihatan Offline di WhatsApp
  • Klik ikon tiga titik di penjuru kanan sebelah atas WhatsApp
  • Pilih Tetapan/Setting
  • Pilih Akaun, kemudian klik Privacy
  • Klik pilihan Terakhir Dilihat/Last Seen
  • Pilih Tiada/Nobody.

2. Turn off Read receipts

Seterusnya, saya kongsikan kepada cara agar orang tidak tahu kita telah membaca chat mereka atau belum, iaitu dengan cara tidak menunjukkan bluetick atau turn off Read receipts.
Cara Untuk Kelihatan Offline di WhatsApp
  • Klik ikon tiga titik di penjuru kanan sebelah atas WhatsApp
  • Pilih tetapan/setting
  • Pilih Akaun, kemudian klik Privacy
  • Tutup atau turn of read receipts


3. Menggunakan GBWhatsApp

Aplikasi GBWhatsApp ialah satu lagi versi WhatsApp yang diubah suai. Ia membolehkan kita kelihatan offline di WhatsApp. Gunakan aplikasi ini untuk menyembunyikan status online kita.

Anda boleh memuat turun apk GBWhatsApp dari web. Selepas memuat turun GBWhatsApp, pergi ke Tetapan Privasi dalam Pilihan dan klik "Hide Online Status".

4. Offline di WhatsApp tanpa memutuskan sambungan Internet

Cara yang keempat ini untuk tutup atau off data whatsapp. Yang ini paling sesuai untuk yang suka main game dan tidak mahu digganggu.

Cara untuk menyembunyikan status online WhatsApp pada telefon Android  dengan cara, buka Settings> Apps> Downloaded Apps> WhatsApp> Force stop WhatsApp.

Manakala untuk iPhone, klik Settings> Scroll down and click WhatsApp> Now, stop 'Refreshing the app in the background' and 'Mobile data'.

Itu adalah 6 cara untuk menjadikan WhatsApp kelihatan offline walaupun online. Semoga bermanfaat. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel