Koleksi Kata Kata Hikmah Dan Mutiara Kata 2024

kata hikmah

Koleksi kata kata hikmah dan mutiara kata yang anda boleh jadikan sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Kata kata hikmah dan mutiara kata sangat berguna untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan kita. Dalam artikel ini, saya kongsikan kepada anda koleksi mutiara kata dan kata hikmah.

Kata-Kata Hikmah

Berikut merupakan koleksi kata hikmah dan mutiara kata.
1) Tenang, sabar dan diam mampu menyelesaikan banyak perkara.
2) Dalam dunia ini, selagi kau tak bersyukur dengan apa yang kau ada, kau takkan pernah rasa cukup.
3) Ingat ini!

Sabar mu akan terbayar.
Lelah mu akan hilang.
Sakit mu akan sembuh.

INGAT!

Tuhan itu Maha Melihat.
4) Sepahit apapun proses kehidupan,
Namun jika dengan keikhlasan,
Akhirnya pasti akan terasa manis.
5) Tetap kelihatan tenang, walaupun banyak beban dalam fikiran.
6) Jangan mengeluh dan kuatkan semangat. Sentiasa ingat yang bukan hanya kamu sahaja satu satunya yang diuji.

Hakikatnya semua orang diuji. Cuma dalam bentuk dan cara yang berbeza sahaja.
7) Terus lah bertaubat walaupun kita pendosa yang hebat.
8) Bila umur semakin meningkat ni, banyak belajar dari orang sekeliling. Lain orang lain jalan cerita hidup dia, lain dugaan yang dia hadapi. Kalau rasa kita ni bagus, ada yang lagi bagus. Kalau rasa kita susah, ada yang Lagi susah. Yang penting selalu bersyukur dan redha.
9) Hidup ini bagaikan roda, kitaran demi kitaran, ada masa di bawah, ada masa Di atas...
10) Sehebat mana pun kita, setinggi mana pun kita, jangan lupa akannya, Tuhan pencipta Alam...
11) Hidup kita tak sama macam hidup orang lain dan hidup orang lain tak sama macam hidup kita.. Kerana jalan hidup kita berbeza beza.. Siapa usaha, dia akan berjaya.
12) Jika ada yang menghina kamu ketahuilah dia sangat iri dengan kehidupan kamu yang ternyata lebih baik berbanding kehidupannya.
13) Jika kamu melihat seseorang sedang melakukan dosa di malam hari. Di esok hari, jangan lagi kamu lihat orang itu seperti pandanganmu semalam. Boleh jadi, dia telah bertaubat di waktu subuh, sedang kamu tidak mengetahuinya.
14) Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain, sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.
15) Sampai satu saat nanti marahnya orang yang setia, selalu sabar penatnya orang yang selalu sedihnya orang yang selalu gembira hanya kerana hati yang disakiti oleh orang yang dia sayang.
16) Jika kita pernah rasa susah, kita boleh handle hidup bila masa kita senang.

Belum tentu kita mampu lalui susah jika kita dah biasa hidup senang.
17) Sebaik mana pun diri kita. Sebanyak mana pun amalan kita. Setinggi mana pun kedudukan kita. Jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik dari orang.
18) Jangan dianggap remeh, apabila ada air yang tidak penuh berkocak di dalam sesebuah bekas kerana walaupun kocakkannya kecil namun boleh merosakkan bekas jika dibiarkan berterusan. Fikir-fikirkanlah.
19) Pengorbanan yang kita buat sepanjang hidup kita, tidak ramai yang sedar. Tapi sekali kita membuat kesilapan, itulah yang akan diingat dan dikenang sepanjang hayat.
20) Kebencian hanya merugikan diri sendiri. Jika ada yang membenci anda, jangan dibalas dengan kebencian yang sama.
21) Cuba berbaik sangka, mungkin itu sangkaan semata, Sedang niat mereka elok belaka, cuma mungkin cara kita berbeza.
22) Kadang-kadang apa yang kita mahu bukannya terbaik untuk kita. Buka mata buka minda, terima dengan hati terbuka.
23) Meminta maaf tak menjadikan kita hina. Memberi maaf tak menjadikan kita bangga. Tapi, saling memaafkan yang menjadikan kita mulia.
24) Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak ia tetap menerangi.
25) Andai di beri pilihan jadilah orang yang paling ikhlas bukan orang yang paling baik, sebab orang yang di lihat baik itu belum tentu lagi ikhlas.
26) Buang perasaan marah jauh-jauh. Jangan simpan, takut jadi dendam.
27) Melakukan apa yang disukai adalah kebebasan. Menyukai apa yang dilakukan adalah kebahagiaan.
28) Kekuatan tidak mesti dihadapkan dengan kekuatan. Mesti ada satu yang lebih kuat. Berani tidak mesti korban membuta. Berundur tidak mesti kalah.
29) Setiap hari merupakan peluang untuk kita perbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
30) Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
31) Bekerjalah tanpa suara dan biarkan kejayaan anda yang berbunyi nyaring.
32) Malam adalah kesempatan indah untuk berdoa, berehat, memaafkan, melupakan, dan memulakan hari esok yang lebih baik.
33) Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI", tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
34) Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai,
menerima, berkorban dan memperhatikan.
35) Kehidupan tidak ada kehidupan yang sempurna, kerana sedih dan bahagia akan selalu menyapanya, maka jadikanlah sabar dan syukur sebagai penyempurnaan rasa yang ada.
35) Ingatlah bahawa orang yang paling bahagia bukanlah mereka yang mendapat lebih banyak, tetapi mereka yang memberi lebih banyak.
37) Hormatilah orang disekeliling kamu, kamu akan tahu nilai mereka satelah mereka tiada lagi.
38) Ajar diri sendiri jangan cepat sangat Nak mengeluh,tak ada benda yang senang Semua benda kena usaha dulu. You have to believe in yourself.
39) Kadang.. Kita rasa nak balas balik apa yang orang buat buruk pada kita.. Tapi bila fikir semula, kita tak boleh buat macam tu sebab itu bukan diri kita. Kerana kita dibesarkan dan diasuh bukan dengan cara yang sebegitu.
40) Teruslah berbuat baik, biar orang lain nak cakap apa pun yang penting jangan pernah "PENAT" berbuat baik.
41) Kalau nak cari kawan carilah orang yang hidupnya susah sedarhana atau pernah merasa susah kerana mereka lebih tahu menilai dan menghargai.
42) Mengintai kekurangan yang ada pada diri sendiri itu lebih baik dari sibuk mengintai kekurangan orang lain.
43) Orang yang paling bahagia selalunya tidak memiliki sesuatu yang terbaik. Namun mereka tetap berusaha untuk menjadikan sesuatu itu yang terbaik dalam hidupnya.
44) Jangan ingat yang selalu senyum itu sentiasa gembira dan yang sentiasa ketawa itu sentiasa bahagia. Kadangkala kita terpaksa berpura-pura gembira dan bahagia agar orang lain tidak tahu apa yang tersirat di hati kita sebenarnya.
45) Jangan ikut-ikut benci orang hanya kerana dengar cerita orang. Kerana apa yang kamu dengar itu, belum tentu cerita sebenar.
46) Hidup tak semudah yang kita bayangkan 
dan tak sesulit yang kita takutkan.
47) Berbaik hati lah kepada semua orang, termasuk kepada orang yang pernah menyakiti hatimu.
48) Semakin dewasa aku belajar untuk tidak membenci apa yang tidak dapat kumiliki dan apa yang tidak dapat ku ubah.
49) Jangan berhenti pada masa silam, teruskan berusaha. Jadikan pengalaman sebagai pendorong untuk masa hadapan yang lebih baik.
50) Kesalahan yang berlaku bukanlah nokhtah usaha, sebaliknya ia menjadi permulaan untuk menghasilkan kerja yang lebih berkualiti.

Koleksi Gambar Kata Hikmah

 
kata kata hikmah

mutiara kata

kata hikmah

kata-kata hikmah

kata kata hikmah sentap

Diharap dengan koleksi kata kata hikmah dan mutiara kata terbaik ini dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada anda. Sekian.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel