Koleksi Teka Teki Lawak, Bodoh, Susah Dan Jawapan 2024
2024-07-01T16:23:56Z
Mesti ramai yang suka berteka-teki. Lebih-lebih lagi kalau sedang lepak dengan kawan-kawan ataupun adik-beradik, mesti ada masa-masa akan keluar soalan teka teki.
Banyak juga kelebihan berteka-teki ini seperti mampu meningkatkan kefahaman dan kreativiti kanak-kanak. Lebih penting lagi, teka-teki membantu kita untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Jadi, kalau anda sedang mencari teka teki yang mungkin belum pernah atau jarang didengar, dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda beberapa soalan teka-teki yang lucu, teka teki lawak berserta jawapan untuk memudahkan anda semua.
Teka Teki Lawak, Bodoh, Susah Dan Jawapan
Berikut saya kongsikan kepada anda soalan teka-teki dan jawapan yang sangat menarik.
Teka Teki Lawak
Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
Jawapan: Beruang (ber-wang).
Cawan kalau pecah baling kat mana?
Jawapan: Baling kat kedah.
Orang beli dia untuk makan, tapi tak makan pun?
Jawapan: Pinggan dan sudu.
Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?
Jawapan: Anak kucing.
Kenapa dinosout tak boleh tepuk tangan?
Jawapan: Sebab dinosour dah pupus.
Kenapa biri-biri jalan lambat?
Jawapan: Sebab kalau dia jalan laju, nama dia buru-buru.
Mee apa paling berat dalam dunia?
Jawapan: Mee wantan (One tan).
Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa paling banyak guna air?
Jawapan: Rumah terbakar panggil bomba.
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa tiada kepala, tiada ekor, tiada mulut?
Jawapan: Bebola ikan.
Dalam banyak-banyak bantal, bantal apa tidak boleh pakai?
Jawapan: Bantal yang dibuang.
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?
Jawapan: Donut.
Kenapa keyboard penat? (keyboard laptop/komputer)
Jawapan: Dia ada dua Shift.
Dalam keyboard tu key apa yang paling sweet?
Jawapan: Enter. Kerana enter sama ana ditakdirkan bersama.
Teka Teki Bodoh
Cicak apa yang paling bahaya?
Jawapan: Cicak nafas fikirkan kau.
Dalam banyak-banyak taman, taman apa yang tidak sopan?
Jawapan: Taman tema air (Water park - sebutan macam mencarut sedikit).
Antara kereta dan motor, mana lebih tua?
Jawapan: Motor sebab pakai tongkat.
Kenapa anak babi, jalan belakang mak dia, dia tunduk?
Jawapan: Dia malu mak dia babi.
Kenapa anak arnab, jalan belakang mak dia, dia lompat?
Jawapan: Sebab dia happy, mak dia bukan babi.
Dalam banyak-banyak jin, jin apa yang hidup dalam air?
Jawapan: Jintik-jintik.
Teka Teki Susah
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang banyak mata?
Jawapan: Ikan bilis 1kilo.
Apa persamaan antara Siti Nurhaliza dengan Michael Jackson?
Jawapan: Dua dua tak kenal kau.
Pak Aji kalau terkejut jadi apa?
Jawapan: G-shock.
Benda apa yang lebih kecil dari kuman?
Jawapan: Anak kuman.
Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.
Jawapan: Seluar dalam.
4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantina dia perempuan?
Jawapan: Ikan patin (Fatin).
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantina dia lelaki?
Jawapan: Ikan bakar.
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang maknyah?
Jawapan: Ikan patin bakar.
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang masuk syurga?
Jawapan: Ikan patin bakar sebab dia maknyah.
Haiwan apa yang ejaan dia ada 2 huruf ja?
Jawapan: udang.
Kenapa jawapan dia udang?
Jawapan: U dan G.
Bom apakah yang tidak boleh meletup?
Jawapan: Bomba
Ulat bulu kalau dia nak lalu, dia kata apa?
Jawapan: Ketepila (Caterpillar)
Gajah lalu titi, titi tu patah, kambing lalu pulak apa yang patah?
Jawapan: Patah balik.
Diharap dengan koleksi teka teki lawak, susah, bodoh dan kelakar 2024 serta jawapan ini dapat memberikan anda idea untuk berteka-teki dengan sesiapa sahaja. Sekian terima kasih.