14 Khasiat Madu Untuk Kesihatan Yang Perlu Anda Tahu
2024-08-04T23:08:39Z
Sejak zaman purba lagi, madu telah digunakan dalam bidang makanan dan ubat.
Apakah khasiat dan manfaat madu untuk kesihatan? Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda 14 kebaikan untuk kesihatan.
Khasiat Madu Untuk Kesihatan
Berikut merupakan beberapa kebaikan dan manfaat madu untuk kesihatan.
1. Merawat batuk
Kajian 2012 yang diterbitkan dalam Journal of Pediatrics mendapati bahawa mengambil dua sudu madu boleh membantu merawat batuk degil.
Hal ini diketahui kerana sifat anti-mikrob dalam madu yang boleh membunuh bakteria tertentu. Satu lagi kajian melibatkan 139 kanak-kanak mendapati madu boleh melegakan batuk pada waktu malam dan meningkatkan kualiti tidur berbanding ubat batuk kanak-kanak.
Rumusan daripada CNN, kajian lain di Itali dan Israel juga menunjukkan hasil yang sama walaupun menggunakan madu yang berbeza jenis. Walau bagaimanapun, madu tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun. Ini kerana sistem penghadaman bayi tidak dapat mengatasi pencemaran dalam madu.
2. Membuat tidur semakin nyenyak
Menurut NDTV Food, madu boleh mengeluarkan serotonin. Dalam badan, serotonin akan ditukar menjadi melatonin, sebatian kimia yang mengawal kualiti tidur.
Anda boleh menambah satu sudu teh madu ke dalam segelas susu atau secawan teh.
3. Meningkatkan imuniti
Madu juga dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran sel imun. Khasiat dan vitamin dalam madu adalah baik untuk mengekalkan imunisasi badan. Dengan pengambilan madu secara teratur, badan akan menjadi cergas dan terhindar dari pelbagai risiko penyakit.
4. Menurunkan atau mengawal berat badan
Mungkin ramai yang beranggapan makan madu sebelum tidur akan menambah berat badan. Sedangkan khasiat lain madu jika dimakan sebelum tidur boleh menurunkan berat badan.
Dengan pengambilan madu, ianya boleh membakar lemak dengan cepat, sekaligus meningkatkan fungsi hati. Selain itu, madu yang dimakan sebelum tidur dipercayai dapat menahan keinginan untuk makan, supaya pada waktu malam kita tidak akan rasa lapar, dan berat badan akan lebih terjaga.
5. Meningkatkan tenaga
Meminum madu sebelum tidur juga dapat meningkatkan tenaga dalam badan. Madu mempunyai kandungan karbohidrat sekitar 80%, sehingga dapat membekalkan lebih banyak tenaga.
Dengan cara itu, kita akan mempunyai lebihan tenaga apabila bangun pada waktu pagi, dan badan akan lebih segar supaya aktiviti berjalan dengan lancar.
6. Menurunkan tekanan darah
Menurut Healthline, madu mengandungi sebatian antioksidan yang telah dikaitkan dengan menurunkan tekanan darah. Kajian yang dijalankan ke atas tikus dan manusia menunjukkan sedikit penurunan tekanan darah dengan mengambil madu.
7. Memusnahkan bakteria dalam badan
Dalam beberapa kajian klinikal dan penyelidikan, madu telah menyumbang untuk membasmi bakteria yang boleh menyerang badan dan membuat badan sakit.
8. Meningkatkan daya ingatan
Khasiat madu yang seterusnya ialah, mampu meningkatkan daya ingatan. Bagi anda yang sukar mengingat atau mengalami gangguan ingatan jangka pendek, maka madu boleh menjadi penyelesaian.
9. Baik untuk kesihatan jantung
Kandungan fenol dan sebatian antioksidan lain juga dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit jantung. Madu dikenalpasti dapat membantu membesarkan arteri di jantung seterusnya meningkatkan aliran darah ke jantung.
Selain itu, madu juga dapat mencegah pembentukan bekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.
10. Mencegah dan merawat kencing manis
Kemanisan madu berbeza dengan gula dan pemanis tiruan. Tepatnya gabungan fruktosa dan glukosa dapat membantu tubuh mengawal paras gula dalam darah.
11. Merawat luka luar
Dalam beberapa kajian, madu telah terbukti berkesan dalam merawat luka. Dengan menyapu madu tulen atau madu yang belum diproses, luka akan cepat sembuh. Luka akan kekal steril sehingga sembuh.
12. Mencegah kanser
Antioksidan dalam madu dengan pengambilannya setiap hari juga akan mengurangkan dan mencegah risiko kanser pada masa hadapan.
13. Memenuhi keperluan nutrisi badan kita
Madu sangat baik untuk kesihatan kita. Dengan pengambilan madu setiap hari, adalah satu cara untuk memenuhi keperluan nutrisi badan kita.
14. Madu untuk ibu mengandung
Antara khasiat madu untuk ibu mengandung ialah, meningkatkan tenaga, menguatkan sistem imun semasa hamil, meningkatkan selera makan, melancarkan perjalanan, membantu janin membesar dan berkembang dengan sihat, menguatkan janin, mengurangkan loya, dan mencegah daripada pelbagai penyakit.
Baca juga: 10 Khasiat Arabic Gum Untuk Kesihatan
Memang banyak khasiat madu ini untuk kesihatan manusia. Jadi, anda boleh meminumnya secara rutin dan teratur, tapi jangan sampai berlebihan. Sekian.