7 Fakta Menarik Tentang Kucing Siam
2024-07-01T16:23:56Z
Kucing Siam paling terkenal dengan penampilannya yang tersendiri dan cantik. Kebanyakan kucing Siam berwarna kelabu keperakan dengan mata biru terang, tetapi bulu kucing ini boleh datang dalam pelbagai warna yang cantik, termasuk kuning air, oren, coklat, biru dan ungu.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua beberapa fakta menarik mengenai kucing Siam.
Senarai Kandungan
Fakta Kucing Siam
Jom kita lihat fakta mengenai kucing Siam.
1. Kucing Siam Berasal Dari Ratusan Tahun Dahulu
Belum diketahu dengan tepat, bilakah pertama kali kucing Siam dibiakkan tetapi dipercayai secara meluas bahawa kucing ini berasal dari Thailand (dahulunya dikenali sebagai Siam) sekitar abad ke-14.
Kalau betul kucing Siam berasal dari abad ke-14, bermakna kucing Siam adalah antara baka kucing tertua di dunia.
Baca juga: Punca Dan Cara Mengatasi Kucing Cirit-Birit
2. Kucing Siam Pernah Dianggap Bangsawan
Keluarga diraja Thailand dahulu melayan kucing Siam mereka seperti raja dan permaisuri kerana mereka percaya bahawa mereka akan dilahirkan semula sebagai kucing Siam apabila mereka mati, atau kucing Siam akan mengambil jiwa mereka.
3. Kucing Siam Asli Mempunyai Mata dan Bentuk Ekor Yang Berbeza
Kucing Siam asli dan baka terawal mempunyai bentuk mata juling dan ekor bengkok. Bentuk itu berasal dari mutasi genetik.
Dari satu lagenda ada menyatakan bahawa kucing ini sebenarnya ditugaskan untuk menjaga piala emas raja. Kerana serius menjaga piala emas itu, mata kucing Siam pun beransur-ansur menjadi juling. Semasa berjaga, kucing Siam juga memaut ekornya pada piala untuk menjadikannya lebih selamat dan akhirnya ekor kucing Siam ini menjadi bengkok. Walaupun kucing Siam yang paling tulen mempunyai sifat ini, kini ramai penternak menghapuskan sifat ini kerana dianggap sebagai kecacatan.
4. Cerewet dan Berjiwa Sosial
Pernah disebut sebelum ini bahawa kucing Siam ini adalah antara kucing yang suka bercakap. Maksudnya, dia akan mengiau sepanjang masa kerana mahukan perhatian.
5. Tidak Suka Gelap
Tidak seperti kebanyakan kucing yang mempunyai penglihatan yang tajam, terutamanya dalam gelap, kucing Siam mempunyai sedikit kesukaran untuk membezakan butiran dalam keadaan tanpa cahaya. Ini disebabkan oleh pigmen mata biru kucing Siam.
Wajib baca: Makanan Kucing Terbaik Di Malaysia
6. Penuh Dengan Rasa Ingin Tahu Dan Pintar
Sifat penuh ingin tahu dan bijak, menjadikan kucing Siam mudah dilatih. Kucing Siam ini boleh diajar bermain tangkap dan baling, high five dan juga berjalan dengan tali. Kucing Siam juga pandai menghiburkan diri mereka sendiri dengan memasuki apa sahaja yang ada di sekitar rumah, suka masuk almari dan menghidupkan air paip.
7. Pernah Menggagalkan Perisik
Pada tahun 1960, kedutaan Belanda di Moscow tiba-tiba menjadi kecoh. Ini kerana dua ekor kucing Siam kelihatan resah dan bertindak lain dari kebiasaan. Pada waktu malam kucing Siam terjaga dari tidur dan mencakar dinding seolah-olah mendengar sesuatu. Pemilik kucing itu rasa pelik, lalu memutuskan untuk membongkar dinding dan menemui 30 mikrofon kecil yang digunakan untuk mengintipnya.
Diharap dengan 7 fakta kucing Siam yang sangat menarik ini serba sedikit memberikan pengetahuan baru kepada anda. Sekian.