Cara Download Video TikTok Tanpa Watermark

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda beberapa cara untuk memuat turun video TikTok tanpa watermark dan juga tanpa menggunakan apps.

TikTok ialah platform yang membolehkan pengguna menjadi pencipta video kreatif. Ramai pengguna TikTok mencipta video unik yang boleh menarik perhatian setiap penonton. Tidak hairanlah ramai yang ingin menyimpan video tersebut.

Terdapat beberapa cara yang kita boleh gunakan untuk download video TikTok tanpa watermark dan tanpa menggunakan sebarang aplikasi.

Cara Download Video TikTok

Download Video TikTok Tanpa Watermark dan Tanpa Aplikasi

Berikut adalah beberapa cara untuk download video TikTok tanpa watermark dan tanpa aplikasi.

1. Download Video TikTok Menggunakan SnapTik

  • Buka aplikasi TikTok.
  • Pilih video yang anda mahu download.
  • Klik pada butang "Kongsi" di bahagian bawah sebelah kanan (ikon anak panah).
  • Klik pada pilihan "Copy Link".
  • Dan seterusnya buka https://snaptik.app/en.
  • Tampal atau pastekan link yang anda copy dalam kotak yang disediakan kemudian klik butang "Download".

2. Download Video TikTok Menggunakan Tikmate.online

  • Buka aplikasi TikTok.
  • Pilih video yang anda mahu muat turun.
  • Copy Link video tersebut.
  • Kemudian, buka halaman tikmate.online.
  • Tampal/Paste link video yang telah dicopy sebelum ini.
  • Klik download.
  • Video anda akan didownload secara automatik.

3. Download Video Tanpa Watermark Menggunakan SSS TikTok

  • Buka aplikasi TikTok.
  • Pilih video yang anda mahu muat turun.
  • Copy Link video tersebut.
  • Kemudian, buka halaman https://ssstik.io/en.
  • Tampal/Paste link video yang telah dicopy sebelum ini.
  • Klik download.
  • Video anda akan didownload secara automatik.

Itulah tiga cara download video TikTok tanpa watermark dan tanpa menggunakan aplikasi yang anda boleh lakukan di android dan iphone. Semoga bermanfaat.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel