8 Kebaikan Makan Telur Separuh Masak
2024-08-04T23:08:39Z
Kebaikan jika kita makan telur separuh masak atau setengah masak untuk kesihatan tubuh badan kita.
Tahukah anda, telur separuh masak sebenarnya lebih rendah kalori jika dibanding kan dengan resepi telur yang lain termasuk telur goreng dan telur dadar.
Selain rasanya yang sedap, telur separuh masak ini mengandungi pelbagai manfaat dan kebaikan untuk kesihatan.
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber "choline" yang sangat tinggi. "Choline" adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.
Kebaikan Makan Telur Separuh Masak
Berikut beberapa kebaikan yang boleh kita peroleh daripada makan telur separuh masak:
1. Menjaga Kesihatan Mata
Makan makanan yang mengandungi vitamin A, seperti telur, sangat baik untuk kesihatan mata. Telur separuh masak mengandungi lebih banyak asid amino vitamin A berbanding telur masak.
2. Mencegah Anemia
Anemia disebabkan oleh kekurangan sel darah merah atau kekurangan vitamin B12. Makan makanan yang mengandungi vitamin B12 mempunyai manfaat untuk mencegah dan merawat anemia.
Vitamin ini juga terkandung dalam telur separuh masak.
3. Meningkatkan Metabolisme Badan
Metabolisme badan yang menurun boleh menyebabkan anda mudah letih. Untuk meningkatkannya, salah satu cara yang boleh anda lakukan ialah makan makanan yang kaya dengan asid amino.
Jadi, selain membantu pembentukan otot dan membekalkan tenaga berpanjangan, asid amino yang terkandung dalam telur separuh masak juga meningkatkan metabolisme badan.
4. Membantu Diet
Telur rebus mengandungi asid amino yang tinggi, yang boleh membuatkan anda berasa bertenaga untuk jangka masa yang lama. Jadi, anda tidak akan rasa lapar sepanjang masa. Sesuai untuk yang nak diet.
5. Untuk Awet Muda
Mencegah penuaan bukan setakat penjagaan kulit.! Apa yang anda makan juga memainkan peranan yang besar.
Karotenoid, lutein dan zeaxanthin yang terdapat dalam telur separuh masak ini boleh membuatkan anda awet muda. Kandungan ini juga dapat mencegah penuaan kulit, serta organ penting dalam badan.
6. Kaya Dengan Nutrien
Apabila anda memasak sesuatu bahan, semakin lama anda memasaknya, sebahagian khasiatnya juga akan hilang.
Dengan hanya memasak telur sehingga separuh masak, kandungan nutrisi dalam kuning telur akan terjaga.
7. Membina Otot
Bagi anda yang ingin berotot, anda boleh mencuba memakan telur separuh masak. Membina badan adalah hasil usaha dari senaman dan pengambilan makanan.
Telur separuh masak sesuai untuk dimakan apabila anda ingin membentuk badan kerana ia mengandungi protein, kaya dengan asid amino, dan juga mengandungi lebih banyak lemak tak tepu daripada lemak tepu.
8. Meningkatkan Sistem Imun
Jika sistem imun tidak kuat, badan akan mudah terdedah kepada kuman atau virus. Asid amino dalam telur separuh masak juga boleh membantu sistem imun dalam badan kita.
Itulah manfaat dan khasiat makan telur separuh masak untuk pengetahuan kita semua. Semoga bermanfaat.
Baca juga: