Petanda Kelopak Mata Bergerak Atau Berkedip
2024-08-02T04:01:16Z
Pernah mengalami mata kanan berkedip sendiri? atau kelopak mata kiri atas bergerak? disini saya akan kongsikan tentang hal ini.
Eye twitching atau "Myokymia" dalam bahasa melayu diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak.
Petanda Kelopak Mata Bergerak-Gerak
Ada orang mengatakan bahawa mata berkedip-kedip ada kaitan dengan hati dan perasaan kita, malah ada juga yang cuba "meramal masa depan" dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang kita tidak sangka, sama ada perkara itu baik atau tidak baik.
Berikut merupakan antara petanda kelopak mata bergerak-gerak.
Kelopak mata kanan bahagian atas |
Akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat
berita baik. |
Kelopak mata kanan bahagian bawah |
Akan mendapat berita gembira. |
Kelopak mata kiri bahagian atas |
Seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa
dengan anda. |
Kelopak mata kiri bahagian bawah |
Akan menangis (akibat berita kurang baik/musibah. |
Banyak lagi versi sebenarnya petanda kelopak mata bergerak-gerak ini, cuma terpulang kepada kita untuk percaya.
Walau bagaimanapun, petanda kelopak mata bergerak-gerak yang saya kongsikan ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan seratus peratus.
Punca Kelopak Mata Bergerak-Gerak Mengikut Kajian Sains
Untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai kelopak mata bergerak-gerak, Mari kita ambil tahu kajian sains mengenai punca kelopak mata yang bergerak-gerak.
- Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata.
- Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata.
- Merenung komputer atau peranti terlalu lama menjadikan otot di keliling kawasan mata jadi terlampu penat sehingga menjadi punca kepada masalah mata menguit.
- Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.
- Radang pada mata disebabkan alah boleh mempengaruhi mata untuk menguit.
Itulah antara petanda kelopak mata bergerak-gerak dan juga punca hal tersebut berlaku menurut kajian sains. Sekian.