8 Maksud Mimpi Kemalangan Kereta

Pernahkah anda bermimpi mengalami kemalangan? Sudah pasti mimpi kemalangan merupakan pengalaman yang menakutkan.

Kalau nampak kemalangan, walaupun dalam dunia mimpi, tetap akan memberi kesan yang menakutkan pada psikologi seseorang.

Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda maksud mimpi kemalangan.

Senarai Kandungan

Maksud Mimpi Kemalangan

mimpi kemalangan kereta

1. Mimpi Kemalangan

Mimpi mengalami kemalangan boleh melambangkan ketakutan dan rasa bersalah yang anda pendam.

Anda rasa bersalah tentang sesuatu dan benda itu terus menghantui sehingga hari ini.

Secara tidak sedar, mimpi ini juga melambangkan ketakutan anda untuk memandu di lebuh raya.

2. Mimpi Kemalangan Kereta

Mimpi ini dikatakan adalah mesej bahawa anda akan menghadapi masalah dalam hubungan percintaan.

Boleh jadi orang yang mengalami masalah cinta ini adalah diri sendiri atau orang sekeliling.

3. Mimpi Dilanggar Motor

Maksud mimpi ini adalah petanda bahawa anda perlu berhati-hati dalam membuat keputusan yang akan anda buat.

4. Mimpi Kemalangan Kapal Terbang

Mimpi kapal terbang terhempas berkaitan dengan kegagalan cita-cita atau perkara yang sangat anda sangat harapkan.

Tetapi jangan risau, mimpi ini juga menandakan anda akan kuat dan tidak berputus asa apabila mengalami kegagalan ini.

5. Mimpi Kemalangan Bas

Mimpi kemalangan bas adalah petanda kewangan anda akan merosot dan keadaan kewangan anda berada dalam fasa kritikal.

Jika anda bermimpi tentang perkara ini, ada kemungkinan sumber pendapatan anda tidak akan membawa keuntungan yang banyak dalam masa terdekat.

Secara amnya ini bermakna pendapatan anda akan berkurangan dengan ketara daripada biasa.

6. Mimpi Ahli Keluarga Mengalami Kemalangan

Mimpi ahli keluarga ditimpa musibah adalah amaran untuk anda dan orang sekeliling.

Kononnya, mimpi ibu kemalangan adalah petanda akan ada seseorang yang akan berniat jahat kepada anda dan orang sekeliling.

7. Mimpi Melihat Rakan Kemalangan Motosikal

Maksud mimpi ini adalah tanda bahawa rakan atau orang terdekat anda memerlukan bantuan anda.

Mimpi ini adalah mesej bahawa rakan anda cuba memberitahu anda tentang masalah mereka tetapi anda tidak mengetahuinya.

8. Mimpi Terlanggar Pokok

Mimpi merempuh pokok menandakan keadaan anda sekarang. Orang yang mengalami mimpi ini sering mengalami masalah yang agak sukar.


p/s: Artikel yang saya kongsikan ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan seratus peratus. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel