Beza Baking Powder Dan Soda Bikarbonat
Senarai Perbezaan Baking Powder dan Soda Bikarbonat
Baking Powder (Serbuk Penaik) |
Soda Bikarbonate |
Baking powder
adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial. Ia mengandungi
sejenis asid (biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali (soda bikarbonat).
Kedua-dua bahan ini di campur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung. Terdapat dua
jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action
baking powder). Jenis biasa
digunakan dalam kebanyakkan kek manakala jenis berganda digunakan untuk
membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. ia
bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih
lebih gebu dan mekar. |
Soda bikarbonat
juga adalah agen penaik yang di sediakan secara komersial. Ia adalah bahan
alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid
seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila
dimasak. Soda bikarbonat
pula sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid
seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus,
puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat
adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat
dalam adunan kek atau kuih Adunan
bahan-bahan ini akan terlarut apabila di gunakan dalam doh yang lembab dan
bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida. Apabila
di bakar ia akan mengembang, sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan
ini akan menaik. |