Personaliti Dan Rahsia Bulan Kelahiran Menurut Kajian

Rahsia bulan kelahiran untuk anda yang lahir pada Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November, dan Disember.

rahsia bulan kelahiran

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda mengenai rahsia personaliti atau sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran. Rahsia bulan kelahiran ini, merupakan hasil kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun.

Senarai Kandungan

Rahsia Bulan Kelahiran


Berikut adalah senarai rahsia bulan kelahiran dari bulan Januari hingga Disember:

Rahsia Bulan Kelahiran Januari

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik

Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik

Rajin dan setiap yang diusahakan nampak keuntungan

Suka pada kecantikkan, kekemasan dan teratur

Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam

pandai mengambil hati orang lain

pendiam kecuali telah dirangsang

agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.

Mudah mendisiplinkan diri sendiri

Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema

Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya

Cukup sayang pada kanak-kanak

Suka duduk di rumah

Setia pada segala-galanya

Perlu belajar kemahiran bersosial

Sifat cemburu yang teramat sangat

 

Rahsia Bulan Kelahiran Februari

Sukakan benda yang realiti dan abstrak

Bijak dan pintar

Berpewatakan yang mudah berubah dan agak pendiam

Mudah menawan orang lain

Keras hati untuk mencapai matlamat

Sangat berani dan mudah memberontak apabila dikongkong

Tidak suka dikongkong

Mudah mempamerkan kemarahan

Tidak suka benda yang remeh-temeh

Suka benda yang bersifat seni

Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya

Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif

Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

Berkecenderungan pada benda yang tahyul

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros

Belajar untuk mempamerkan emosi

Pemalu dan merendah diri

Jujur dan setia pada segalanya

Suka aktiviti yang lasak

Pemerhatian yang tajam

Suka hiburan dan sukan

 

Rahsia Bulan Kelahiran Mac

Berpesonaliti menarik dan menawan

Mudah didampingi

Sangat pemalu dan pemendam rasa

Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati

Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dalam alam persekitaran

Suka pada kedamaian

Sangat peka kepada orang lain

Sesuai dengan kerjaya yg memberi khidmat kepada orang lain

Tidak cepat marah dan sangat amanah

Tahu mengenang budi dan membalasnya

Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal

Suka berangan-angan

Suka melancong

Sangat manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi

Kelam kabut dalam memilih pasangan

Suka dengan hiasan rumahtangga

Mempunyai bakat seni dalam bidang muzik

Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik

Jangan terlalu ikut selera atau perasaan

 

Rahsia Bulan Kelahiran April

Sangat aktif dan dinamik

Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal

Sangat menarik dan pandai manjakan diri

Mempunyai daya mental yang sangat kuat

Suka diberi perhatian

Sangat diplomatik (pandai memujuk )

Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang

Sangat berani dan tiada perasaan takut

Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah

Emosi cepat terusik

Cuba kawal perasaan

Kecenderungan kepada sifat dendam

Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan

Kuat daya ingatan

Gerak hati yang sangat kuat

Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

Berpenyakit disekitar kepala dan dada

Sangat cemburu dan terlalu cemburu

 

Rahsia Bulan Kelahiran Mei

Kuat semangat dan bermotivasi tinggi

Kekerasan hati dan degil

Pemikiran yang tajam

Mudah marah apabila tidak dikawal

Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian

Perasaan yang amat mendalam

Cantik dari segi mental dan fizikal

Tidak perlu dimotivasikan

Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain

Mudah dipujuk

Bersikap sistematik (otak kiri)

Suka berangan

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati org lain tanpa diberitahu

Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit

Daya khayalan yang tinggi

Permikiran yang tajam

Pandai berdebat

Fizikal yang baik

Kelemahan sistem pernafasan

Suka sastera,seni dan muzik serta melancong

Tidak berapa suka duduk dirumah

Tidak boleh duduk diam

Tidak mempunyai ramai anak

Rajin dan bersemangat tinggi

Agak boros

 

Rahsia Bulan Kelahiran Jun

Mudah berubah sikap,perangai,idea dan mood

Berfikiran jauh dan berwawasan

Mudah ditawan kerana sikap baik

Berperangai yang lemah lembut

Idea yang terlalu banyak dikepala

Bersikap sensitif

Pemikiran yang sangat aktif (sentiasa berfikir)

Sukar melakukan sesuatu dengan segera

Bersikap suka menangguh-nangguh

Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik

Cepat marah & cepat sejuk

Suka bercakap dan berdebat

Suka buat lawak dan bergurau

Otaknya cerdas berangan-angan

Mudah berkawan dan pandai berkawan

Orang yang sangat tertib

Pandai mempamerkan sikap

Mudah kecil hati

Mudah kena selsema

Suka berkemas

Cepat rasa bosan

Sikap terlalu memilih dan cerewet

Kurang mempamerkan perasaan

Lambat untuk sembuh apabila hati terluka

Suka kepada barang yang berjenama

Mudah menjadi eksekutif

Kedegilan yang tidak dapat dikawal

Sesiapa yang memuji dianggap musuh dan siapa yang menegur dianggap kawan

 

Rahsia Bulan Kelahiran Julai

Banyak berahsia dan sukar difahami terutamanya lelaki

Sangat suka didampingi

Agak pendiam kecuali dirangsang

Ada harga dan maruah diri

Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan

Mudah dipujuk dan bercakap jujur

Sangat menjaga hati orang lain dan peramah

Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya

Berjiwa sentimental

Jarang berdendam

Mudah memaafkan tapi sukar melupakan

Tidak suka benda remeh-temeh

membimbing cara fizikal dan mental

Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang

Layanan yg serupa dgn semua orang

Tinggi daya simpati

Pemerhatian yang tajam

Suka menilai org lain dgn pemerhatian

Mudah dan rajin belajar

Suka muhasabah diri

Suka megenangkan peristiwa atau kawan lama

Suka mendiamkan diri

Suka duduk dirumah

Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan

Tidak agresif kecuali terpaksa

Lemah dari segi kesihatan perut

Mudah gemuk jika tidak mengawal pemakanan

Menagih kasih sayang

Mudah terluka hati dan lambat pulih

Terlalu mengambil berat

Rajin dalam membuat kerja

 

Rahsia Bulan Kelahiran Ogos

Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain

Orangnya tegas dan bersikap kepimpinan

Mudah tertawan kepadanya

Berani dan tidak tahu takut

Pandai pujuk orang lain

Terlalu pemurah dan bersikap ego

Nilai harga diri yang sangat tinggi

Dahagakan pujian

Semangat juang yang luar biasa

Cepat marah dan mudah mengamuk

Mudah marah apabila cakapnya dilawan

Sangat cemburu

Daya pemerhatian yang tajam & teliti

Cepat berfikir

Fikiran yang berdikari

Suka memimpin & dipimpin

Sifat suka berangan

Berbakat dalam seni lukis,hiburan & silat

Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk

Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit

Belajar untuk bertenang

Sikap kelam kabut

Romantik ,pengasih dan penyayang

Suka mencari kawan

Suka berlawak

 

Rahsia Bulan Kelahiran September

Sangat bersopan santun & bertolak ansur

Sangat cermat,teliti & teratur

Suka menegur kesilapan org lain & mengkritik

Pendiam tapi pandai bercakap

Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati

Sangat perihatin dan terperinci,amanah,setia & jujur

Kerja yg dilakukan sangat sempurna

Sangat sensitif yang tidak diketahui

Orang yang banyak berfikir

Otaknya bijak dan mudah belajar

Suka mencari maklumat

Kawal diri dari terlalu mengkritik

Pandai mendorong diri sendiri

Mudah memahami org lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia

Suka sukan,hiburan dan melancong

Kurang menunjukkan perasaannya

Terluka hatinya sangat lama disimpan

Terlalu memilih pasangan

Sukakan benda yang luas

Bersistematik

 

Rahsia Bulan Kelahiran Oktober

Tidak pandai berbohong & berpura-pura

Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan

Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama

Tidak menolong orang kecuali diminta

Duka melihat dari perspektifnya sendiri

Tidak suka terima pandangan org lain

Suka berangan & pandai bercakap

Emosi yang mudah terusik dan kelam kabut

Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)

Suka melancong,bidang sastera & seni

pengasih ,penyayang & lemah lembut

Suka berbual

Suka orang yang sayang padanya

Suka ambil jalan tengah

Sangat menawan dan sopan santun

Kecantikan luar & dalam

Sentiasa berkawan

Bercenderung kepada pentingkan diri sendiri

Cepat marah

Romantik dalam percintaan

Mudah terusik hati & cemburu

Ambil berat tentang orang lain

Suka kegiatan luar

Orang yang adil

Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran

Mudah patah semangat

 

Rahsia Bulan Kelahiran November

Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya

Banyak idea dalam kepala

Berfikiran kehadapan

Berfikiran unik dan bijak

Penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa

Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

Pemikiran yg tajam

Daya firasat yg sgt halus dan tinggi

Sesuai menjadi doktor

Cermat dan teliti

Personaliti dinamik

Sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra

Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran

Terlalu degil dan keras hati

Apabila mahukan sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya

Tidak suka marah kecuali digugat

Mudah ambil berat terhadap orang lain

Pandai muhasabah diri

Cara berfikir lain dari org lain

Pemikiran yang sangat tajam

Pandai mendorong diri sendiri

Tidak hargai pujian

Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi

Badan yang sado

Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam

Seorang yang romantik

Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang

Suka duduk dirumah

Sangat rajin dan berkemampuan tinggi

Amanah, jujur setia dan pandai berahsia

Bercita-cita tinggi

Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

 

Rahsia Bulan Kelahiran Disember

Sangat setia dan pemurah

Bersifat patriotik

Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa

Bercita-cita tinggi

Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi

Seronok didampingi

Suka bercampur dengan orang

Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai

Sangat jujur amanah dan bertolak ansur

Tidak pandai berpura-pura

Cepat marah

Perangai yang berubah-ubah

Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi

Benci pada kongkongan

Suka melawak

Pandai buat lawak dan berfikiran logik


Itulah rahsia bulan kelahiran daripada bulan januari hingga disember hasil kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga bermanfaat.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel