Resepi Maggi Tomyam Thai Special
Bahan-Bahan |
Maggi |
Bahan untuk tomyam paste |
15-20 biji cili kering (dibuang biji dan rebus) |
1 biji bawang besar (hiris kasar) |
5 ulas bawang putih (hiris kasar) |
2 inci lengkuas (hiris kasar) |
2 inci halia (hiris kasar) |
5 helai daun limau purut (hiris kasar) |
1 sudu besar serbuk ketumbar |
2 sudu besar udang kering (rendam dengan sedikit air
sehingga lembut) |
1 cawan air asam jawa |
2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun
boleh) |
2 batang serai (hiris nipis) |
2 sudu besar sos ikan thai |
1 senduk minyak untuk menumis |
Bahan untuk kuah tomyam |
3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau
seafood, lagi sedap ) |
Isi ayam (bahagian dada dihiris nipis) |
Udang (dibuang kepala) |
Sotong (potong ikut kesukaan anda) |
1/2 batang karot |
1 biji tomato (potong 4) |
Cendawan tiram (jika suka) |
1 batang serai |
4 helai daun limau purut |
10-15 biji cili padi (belah dua di bahagian atas
jangan smpai terputus) |
2 sudu besar sos ikan |
2 biji limau nipis (ambil jus) |
Tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang
disediakan di atas) |
Sedikit daun ketumbar |
1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning (dipotong
4) |
Cara Penyediaan |
|
Cara untuk tomyam paste |
|
1 |
Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak
masak) di dalam blender sehingga halus. |
2 |
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah
minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste
tidak hangus. |
3 |
Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna
merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit. |
4 |
Angkat dan sejukkan. |
Cara untuk masak tomyam |
|
1 |
Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari
tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan
masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut. |
2 |
Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus
limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga
mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan maggy.
Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar. |
Tips: Jangan rebus seafood terlalu lama kerana
seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan
keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih. |