Cara Check Balance Umobile 2024
2024-09-07T08:06:45Z
Adakah anda pengguna UMobile dan ingin tahu cara untuk semak baki kredit anda? Jangan risau! Artikel ini akan memberikan panduan lengkap dan mudah difahami tentang cara check balance Umobile. Tak kira sama ada anda pengguna baru atau yang sudah lama bersama UMobile, panduan ini pasti memudahkan anda.
Cara Check Baki Umobile
Berikut merupakan 3 cara yang anda boleh gunakan untuk semak baki Umobile.
1. U Mobile Check Balance Code
- Buka dialpad telefon anda.
- Kemudian, dial *118#8* dan tekan Call.
- Baki jumlah kredit UMobile anda akan tertera di skrin.
Untuk semak baki Postpaid anda hanya boleh semak data balance sahaja iaitu dengan cara:
- Dial *118#.
- Pilih U Broadband.
- Kemudian, pilih <Check Usage>.
- Anda akan mendapat SMS yang mengandungi data balance postpaid anda.
2. Cek Baki UMobile Guna SMS
- Buka Message di telefon anda.
- Kemudian, taip BAL dan hantarkan ke 28118.
- Anda akan menerima SMS baki kredit anda.
Untuk semak baki bill postpaid UMobile menggunakan SMS, anda boleh guna cara ini:
- Buka Message.
- Kemudian, taip PLUS1 dan hantarkan ke 28118.
- Anda akan menerima SMS maklumat baki bill postpaid.
3. Check Balance UMobile Menggunakan Aplikasi MyUMobile
- Pertama sekali, Buka Play Store (Android) atau App Store (iOS) dan download aplikasi ini MyUMobile.
- Kemudian, buka aplikasi dan masukkan nombor telefon anda.
- Anda akan mendapat SMS daripada UMobile yang mengandungi kod pengesahan.
- Masukkan kod pengesahan tersebut.
- Hantarkan, dan pendaftaran nombor telefon anda pada aplikasi berjaya.
- Seterusnya, cara untuk semak ialah, buka aplikasi.
- Kemudian, klik Menu Bar di bahagian atas kiri.
- Anda boleh semak atau cek baki kredit untuk prepaid dan semak baki bil untuk postpaid, pada menu yang tertera.
Dengan beberapa cara mudah di atas, pengguna boleh semak baki Umobile mereka dengan mudah dan cepat. Ini memudahkan mereka untuk memastikan bahawa mereka mempunyai baki yang mencukupi untuk melakukan panggilan, mesej, dan menggunakan data internet.