Cara Screenshot Di Laptop Atau PC Paling Mudah
2024-07-01T16:23:56Z
Cara screenshot di laptop atau pc yang paling mudah untuk anda lakukan sendiri.
Screen picture atau biasa dikenali sebagai screenshot adalah aktiviti untuk merakam atau mengambil gambar pada skrin gajet sama ada telefon pintar atau laptop atau PC. Terdapat beberapa cara untuk tangkapan skrin pada laptop atau PC yang boleh kita lakukan dengan mudah.
Walaupun cara screenshot di laptop atau PC adalah sangat mudah, namun ada sesetengah orang mungkin masih tidak tahu caranya. Jadi dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda cara yang paling mudah untuk anda screenshoot di laptop atau PC.
Cara Screenshot Di Laptop Atau PC
Berikut merupakan cara screenshot di laptop atau PC yang paling mudah untuk anda lakukan.
1. Menggunakan Button Windows + Shift + S
Untuk makluman, kaedah ini hanya boleh digunakan pada laptop atau komputer dengan sistem pengendalian Windows 10.
Caranya adalah seperti berikut:
- Buka screen yang anda mahu screenshot.
- Tekan button Windows + Shift + S secara serentak.
- Lalu crop kawasan yang mahu ada screenshot.
- Apabila sudah crop, snipping tool akan terbuka dan anda boleh save gambar tersebut.
2. Menggunakan Button Windows + PrintScreen
Cara kdeua yang boleh kita lakukan untuk tangkapan skrin laptop adalah dengan menggunakan butang PrintScreen pada papan kekunci. Di laptop button atau butang ini tertera "prtsysrq". Umumnya button kekunci ini terletak di sebelah F12 atau kekunci Pause Break pada papan kekunci.
Caranya adalah seperti berikut:
- Pilih halaman skrin laptop yang anda ingin screenshot.
- Tekan Button Windows + PrintScreen secara serentak.
- Imej akan disimpan secara automatik dalam folder Picture pada laptop atau komputer anda.
Itulah cara screenshot di laptop atau PC paling mudah. Semoga bermanfaat.