Jenis-Jenis Limau Yang Perlu Anda Tahu
2024-08-03T15:32:45Z
Di Malaysia sahaja, terdapat lebih dari sepuluh jenis limau sama ada yang boleh dimakan ataupun hanya dibuat sebagai hiasan atau untuk tujuan perubatan.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan senarai jenis limau yang ada di Malaysia berserta gambar limau untuk kita lebih mengenali perbezaan setiap limau yang ada.
Jenis-Jenis Limau
Berikut merupakan beberapa jenis limau sebagai pengetahuan kita bersama.
1. Limau Nipis (Citrus Aurantifolia)
Limau nipis merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini, ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.
Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mi rebus, mi bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.
Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.
2. Limau Kasturi (Citrus Microcarpa)
Limau Kasturi adalah berasal dari Filipina, dan tersebar ke asia tenggara. Di Amerika, ia dipanggil sebagai Kalamasi atau limau Panama, memandangkan ia boleh tumbuh di kawasan tropika.
Limau Kasturi Sering dijadikan minuman sejuk bersama ais batu. Ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.
3. Limau Purut (Citrus Hystrix)
Limau purut adalah sejenis tumbuhan sitrus yang bertaburan asal di kawasan-kawasan tropika Asia Tenggara dan selatan China. Ia dikenali sebagai limau purut kerana permukaan buah limau yang kasar berkutil bintil atau "purut".
Limau Purut sering kali digunakan dalam masakan-masakan dan perubatan tradisi serata Asia Tenggara.
4. Limau Kerat Lintang (Citrus Medica)
Limau kerat lintang adalah sejenis limau yang sangat-sangat berharga di dalam spesiesnya. Secara amnya, limau kerat lintang ini mempunyai bau yang lagi kuat jika dibandingkan dengan limau nipis, limau kasturi, limau purut atau limau-limau yang lain.
Ia biasa digunakan untuk buat air asam ataupun diperah ke dalam budu. Rasanya tak usah cerita, memang membangkitkan selera. Kalau dah makan pun, bila bau limau ni perah dalam budu, terus rasa nak makan lagi.
5. Limau Lelang Laut (Merope Angulata)
Limau Lelang Laut atau dipanggil sebagai 'Mangrove lime' dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan paya air paya dari keluarga Rutaceae.
Ramai diantara kita mungkin tidak kenal akan jenis limau ini yang digunakan untuk pelbagai tujuan tetapi ia bukan jenis limau untuk dimakan seperti limau untuk makan yang lain. Tumbuhan ini adalah tumbuh liar dikawasan paya bakau dan tahan kepada air masin serta jarang ditanam sebagai tanaman komersil.
Itulah beberapa jenis limau untuk pengetahuan kita semua. Semoga bermanfaat.