5 Resepi Telur Masak Simple Dan Mudah Disediakan
2024-07-01T16:23:56Z
Senarai 5 resepi untuk masak telur yang sangat simple dan mudah untuk disediakan tetapi sangat sedap.
Pening fikir mahu masak apa sampai habis idea? apa kata kamu cuba masak simple sahaja hari ni iaitu resepi berasakan telur yang ringkas dan mudah disediakan.
Senarai Kandungan
1. Resepi Sambal Telur Rebus
Bahan-Bahan
- Telur
- Lada kering (diblend)
- Bawang besar
- Bawang putih
- Bawang besar (hiris untuk hiasan)
- Asam jawa (sikit sahaja)
Cara-Cara
- Rebus dulu telur tu dengan baik. Dah cukup masa, sejukkan baru kopek.
- Bawang putih dan bawang besar tumbuk.
- Telur dah sejuk dah siap kopek gorengkan. Minyak sikit sahaja macam goreng telur mata kerbau tu jangan banyak.
- Tumis bahan yang sudah tumbuk. Sudah wangi masukkan lada kering tadi. Kacau la sampai lada kering tu masak elok. Letakkan garam dan perasakan.
- Letak sikit sahaja asam jawa. Bagi dia pekat-pekat sambal tu. Nak letak gula pun boleh. Ikut citarasa.
- Sambal dah masak, baru last sekali letak bawang besar yang hiris untuk hiasan. Kacau sekejap. Masukkan telur yang dah goreng.
- Siap untuk dihidang.
2. Resepi Sup Telur
Bahan-Bahan
- 3 biji telur segar
- 1 ltr stok ayam atau air dan perisa ayam dan knorr ayam
- 2 sudu kicap manis
- 1 inci halia dititik
- 1 mangkuk air & tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Secubit serbuk lada putih
- 3 tangkai daun sup atau bawang dihiris halus
- Cili padi hiris, kicap dan minyak bijan sedikit untuk sos nya
Cara-Cara
- Letakan stok ayam dalam periuk, letakan halia yang di titik & kicap manis.
- Bila mula mendidih, letakan air campuran tepung jagung, garam secukup rasa dan serbuk lada hitam, gaulkan rata-rata.
- Kemudian pecahkan 3 biji telur dalam mangkuk dan pukul nya hingga sebati, tuangkan telur kedalam stok ayam, gaulkan perlahan-lahan hingga telurnya masak, jangan sampai telur nya begentel-gentel.
- Letakan daun sup atau bawang. Rasa sup nya.
- Sediakan cili padi, kicap dan minyak bijan sebagai sosnya.
- Sajikan panas2 bersama hidangan lain.
- Anda boleh letakan isi ketam, udang atau hirisan ikan dan cendawan kedalam sup telur ini.
- Selamat mencuba
Kredit Resepi: Joha Hassan
3. Resepi Telur Mata Sambal Hijau
Bahan-Bahan
- 15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji telur ayam
- Secubit garam
- Gula sedikit saja jika suka
Cara-Cara
- Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat.
- Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam bagi secukup rasa.
- Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Nak berkuah boleh tambah air.
- Selamat mencuba!
Kredit Resepi: Bahiah Saripuddin
4. Resepi Telur Masak Kicap
Bahan-Bahan
- Telur di goreng separa masak
- Bawang besar
- Bawang putih
- 3sb kicap mnis
- 2sb sos cili
- Sedikit gram
- Cili api
Cara-Cara
- Tumis bawang merah dan bawang sehingga naik bau.
- Masukan kicap manis bersama sos cili dan kacau bagi sebati. kalau kurang masin boleh tambah garam ya.
- Kemudian masukkan telur dan balik-balikkan telur tersebut.
- Masukkan bawang besar dan cili api.
- Tunggu bagi mendidih boleh lah tutup api.
5. Resepi Telur Pecah Hancur Meletop
Bahan-Bahan
- 3 biji telur
- 4 s/mkn cili yang telah dikisar bersama dengan bawang merah & putih
- 3 s/mkn cili sos
- 1 s/mkn gula merah
- 2 s/mkn gula pasir
- Garam secukup rasa
Cara-Cara
- Tumis cili kering hingga masak
- Masukkan cili sos
- Masukkan gula merah, gula pasir & garam
- Rasa dah meletop, pecahkan telur sebiji-sebiji dalam kuali, biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan. Korang kaup manja telur tu dalam kuali baru jadi hancur-hancur tu. (Nak jadi hancur halus-halus, masa korang dah pecahkan telur, terus sahaja gaul telur tu dangan sambal)
- Sedia untuk dihidang.
Kredit Resepi: Aleen Aireish
Itulah 5 resepi telur yang ringkas dan mudah untuk disediakan yang anda boleh cuba. Semoga bermanfaat.
Lihat juga: 5 Resepi Roti Homemade Yang Mudah Dan Sedap