Beza Salted Butter & Unsalted Butter
2024-07-01T16:23:56Z
Perbezaan salted butter & unsalted butter secara umum dan juga dari segi kegunaan dalam baking serta harga yang masih ramai yang keliru.
Jom kita lihat apa sahaja yang dapat membezakan salted butter dan juga unsalted butter.
Beza Salted Butter (Bergaram) Dengan Unsalted Butter (Tidak Bergaram)
Salted butter adalah mentega yang mengandungi garam. Salted butter lebih tahan lama dari pada unsalted butter.
Unsalted butter pula ialah mentega fresh tanpa garam. Rasa butter yang lebih kuat dan jangka hayatnya lebih cepat luput.
Baca juga: Beza Baking Powder Dan Soda Bikarbonat
Apa Beza Guna Dalam Setiap Resepi?
Bagi anda yang nak buat biskut, Salted butter lebih disyorkan. Jika nak buat kek pun tiada masalah. Unsalted butter lebih disyorkan untuk membuat kek. Lebih lagi kek yang bertekstur ala-ala puding contohnya cheese cake. Sebab kita mahukan rasa mentega yang kuat serta segar dan wangi.
Perbezaan Harga Salted Butter & Unsalted Butter
Dari segi harga, Unsalted Butter lebih mahal berbanding Salted Butter. Okay yang ini anda perlu perhatikan betul-betul. Rujuk gambar.
Tak kira apa sahaja jenama SCS, Anchor, Golden Churn atau lain-lain, Unsalted Butter beratnya cuma 225@227gram manakala Salted Butter 250gram. Ini kerana Salted Butter mengandungi garam manakala Unsalted pula pure butter atau tanpa garam.
Jadi bila anda buat sesuatu resepi. Bila dalam resepi gunakan 1 ketul butter. Kebiasaan orang guna salted butter jadi mesti 250gram.
Kalau anda guna unsalted butter bermakna resepi anda sudah kurang sukatan butter. Jadi tentu hasilnya tidak sama.
Jadi jangan berkira jika nak beli penimbang (kitchen scale), jika mahukan hasil yang betul-betul menjadi.
Dari segi jenama toada masalah. Hanya beza pada harga dan kualiti rasa sahaja. Ikut kemampuan masing-masing.
Diharap dengan perkongsian perbezaan diantara salted butter dan unsalted butter ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. Sekian.
RUJUKAN: Hadid Al Has