5 Tips Untuk Buat Kucing Gemuk Dan Sihat
2024-07-01T16:23:56Z
Menjadikan kucing gemuk, sihat dan mempunyai bulu yang bagus adalah keinginan setiap orang yang memelihara kucing.
Bagi siapa-siapa pencinta kucing, semua kucing sememangnya comel tapi lagi tambah comel kalau gemuk dan sihat.
Jadi bagaimana cara untuk buat kucing kita di rumah jadi gemuk dan sihat? Baca terus artikel ini untuk ketahui caranya.
Senarai Kandungan [Show]
Cara Agar Kucing Gemuk Dan Sihat
Jom kita lihat tips dan cara untuk menjadikan si kucing kesayangan jadi sihat dan gemuk:
1. Menambah Selera Kucing
Cara pertama ialah kita mesti boleh menambah atau membangkitkan selera kucing. Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan selera makan kucing anda, seperti menyapu sedikit makanan basah pada hidung kucing, dan mendekatkan makanan dengan kucing kita.
2. Bekalkan Makanan Yang Tinggi Protein
Ini adalah salah satu kunci kejayaan dalam menjadikan kucing gemuk di mana kita memberinya makanan berprotein tinggi.
Protein seperti ini biasanya boleh diperolehi dengan mudah daripada daging, anda boleh membeli daging mentah seperti ayam atau ikan sebagai hidangan utama. Jika anda tidak yakin tentang kebersihan makanan itu, anda boleh merebusnya terlebih dahulu.
Selain daging, anda juga boleh menambah kuning telur ke dalam menu makanan kucing, ingat hanya bahagian kuning telur sahaja. Anda boleh menambah kuning telur ke dalam makanan mereka kira-kira 2-3 kali seminggu.
3. Menu Makanan Pelbagai
Ternyata kucing juga boleh bosan dengan menu makanan yang sama setiap hari. Jika kucing rasa bosan, biasanya selera mereka akan berkurangan dan mereka tidak mahu makan.
Selain tidak bosan, menu makanan yang pelbagai ini juga bertujuan untuk menambah selera kucing kita.
Sila tengok: 8 Makanan Kucing Terbaik Di Malaysia
4. Beri Vitamin Dan Vaksin
Selain makanan berkhasiat, vitamin dan vaksin juga penting untuk diberikan kepada kucing di rumah supaya mempunyai tubuh yang gemuk dan sihat.
Vitamin boleh meningkatkan selera makan kucing, seperti vitamin minyak ikan yang juga menyihatkan bulu kucing. Vitamin ini boleh diberikan dengan 2 cara iaitu diberikan terus kepada kucing, atau dicampur ke dalam makanannya.
5. Ajak Kucing Bermain Sebelum Makan
Sebelum memberi makanan kepada kucing di rumah, anda boleh membawanya bermain atau berjalan-jalan dahulu.
Banyak aktiviti dan pergerakan seperti bermain atau berjalan boleh membuatkan kucing berasa lapar sebelum makan. Dan rasa lapar ini boleh membuatkan kucing makan dengan lebih lahap selepas itu.
Baca juga: Cara Mengatasi Kucing Cirit-Birit
Diharap dengan 5 tips untuk buat kucing gemuk dan sihat ini dapat membantu anda untuk menggemukkan si kucing kesayangan anda di rumah. Sekian.