Cara Mengetahui Bila Kucing Nak Beranak
2024-07-01T16:23:56Z
Sesiapa sahaja yang memiliki kucing, mestilah gembira kalau kucing kita mahu beranak. Bertambahlah juga rakyat peliharaan di rumah.
Sebagai pengetahuan kita semua, kehamilan kucing berlangsung selama 58 hingga 67 hari atau lebih kurang 9 minggu.
Tetapi bagaimana cara untuk mengetahui bila kucing akan beranak? Berikut adalah senarai tanda-tanda kucing nak beranak.
7 Tanda Kucing Nak Beranak
Berikut merupakan petanda yang anda boleh lihat kalau kucing mahu beranak.
1. Mencari Tempat Sunyi
Kebiasaannya, dalam tempoh seminggu dua sebelum beranak, kucing akan mencari tempat yang sunyi jauh dari orang ramai untuk beranak.
Kemungkinan kucing akan pergi ke almari pakaian, di bawah katil, atau di bawah almari untuk mengelakkan gangguan daripada pemangsa, haiwan liar, atau manusia.
2. Nafsu Makan Berkurang
Jika ibu kucing tiba-tiba menolak makanan walaupun sudah tiba masanya untuk makan, ini mungkin petanda dia akan melahirkan.
3. Tempoh Tidur Lebih Lama
Kucing biasanya tidur selama 16 hingga 18 jam sehari. Walau bagaimanapun, jika kucing anda tidur lebih lama daripada biasa, ia boleh menjadi petanda bahawa dia akan melahirkan anak.
4. Sering Mengiau
Ciri-ciri kucing yang bakal melahirkan anak sering mengeong selama beberapa jam sebelum melahirkan anak.
5. Suhu Badan Menurun
Suhu badan kucing ketika melahirkan biasanya turun kepada 37 darjah Celsius, dan juga boleh disertai dengan muntah.
6. Pembesaran Kelenjar Susu
Pada minggu terakhir kehamilan kucing, kelenjar susunya akan membesar. Kucing biasanya mempunyai empat pasang kelenjar susu yang berbeza. Dalam beberapa hari terakhir kehamilan kucing, kelenjar susu akan mula menghasilkan susu.
7. Perubahan Tingkah Laku
Sebelum kelahiran kucing, kucing akan mula menunjukkan perubahan ketara dalam tingkah laku. Kucing mungkin mula bersembunyi lebih banyak atau menghabiskan masa di bahagian rumah yang sunyi.
Baca juga: 5 Tips Untuk Buat Kucing Gemuk Dan Sihat
Semua di atas adalah petanda baik yang akan memberitahu anda apabila kucing anda mahu melahirkan anak. Semoga bermanfaat.