Cara Urut Kaki Sendiri Yang Sakit & Lenguh

cara urut kaki

Selepas seharian bekerja, terutamanya bagi sesiapa yang berdiri sepanjang hari, urutan kaki mungkin merupakan perkara yang diperlukan untuk membantu hilangkan rasa sakit dan lenguh.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda cara urut kaki yang sakit atau lenguh dengan cara yang betul terutama pada bahagian seperti betis, dan tapak kaki.

Cara Urut Kaki

1. Gosok minyak urut di antara tangan dan sapukan ke seluruh kaki dan betis sebelah kaki.
2. Gunakan kedua-dua belah tapak tangan untuk sapu perlahan 6 kali atau sehingga terasa hangat di tangan. (RUJUK GAMBAR DIBAWAH)
cara urut betis yang betul

3. Tolak ke atas seluruh betis dengan kuat menggunakan penumbuk. Ulang 6 kali seperti gambar dibawah ini.
cara urut betis

4. Buat putaran ke atas seperti gambar dibawah. Ulang 3 kali.
cara mengurut kaki

5. Tolak tapak kaki ke atas dengan kuat menggunakan ibu jari. Mulakan dari atas tumit dan selesaikan di antara setiap jari kaki.
cara urutan tapak kaki

6. Urut bahagian tepi tapak kaki sebanyak 6 kali dengan gerakan membulat seperti gambar dibawah.
cara urutan bahagian tapak kaki

7. Urut bahagian bawah ibu jari kaki.
teknik mengurut kaki

8. Tekan setiap jari kaki.
urut jari kaki

9. Ulang langkah 1 hingga 8 pada kaki yang satu lagi.
10. Lap kaki dan terus pakai stoking.


Itulah langkah-langkah untuk mengurut kaki sendiri dengan mudah. Semoga ianya bermanfaat dan memberikan anda pengetahuan atau kemahiran untuk membuat urutan kaki sendiri atau kaki orang lain. Sekian.

RUJUKAN: nailbees
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel