10 Pantun Sindiran Untuk Orang Yang Tak Bayar Hutang

Koleksi pantun sindiran untuk orang yang liat nak bayar hutang. Biar orang tu terasa, siapa suruh pandai pinjam tapi susah nak bayar.

pantun sindiran hutang

Apabila seseorang berada dalam keadaan sukar dan memerlukan wang, dia biasanya mengambil keputusan untuk berhutang.

Hutang boleh dilakukan oleh seseorang dengan sesiapa sahaja termasuk rakan-rakan. Tapi sayangnya, zaman sekarang persahabatan boleh rosak akibat hutang.

Jika seseorang berani berhutang, maka dia wajib membayar hutang tersebut. Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa mengutip hutang daripada penghutang bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang ada rasa tak sedap hati, tapi ada juga rasa marah kerana si penghutang tidak cepat membayar sebaliknya melarikan diri.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda koleksi pantun tentang hutang, termasuk pantun untuk mengutip hutang yang belum dibayar.

Terdapat juga pantun yang mengandungi nasihat tentang membayar hutang. Kerana hutang mesti dilangsaikan segera.

Pantun-pantun ini juga pada masa yang sama menjadi sindiran bagi orang yang mempunyai hutang tetapi suka hidup dalam kemewahan.

Pantun Sindiran Tak Bayar Hutang

Jom kita lihat beberapa pantun yang boleh dijadikan sindiran dan nasihat kepada si penghutang yang liat nak bayar.

1. Pokok tomato di tengah sawah,
Petik buahnya buat berlayar;
Di media sosial terlihat mewah,
Tapi hutang tak pernah dibayar.

2. Ayah datang membawa kentang,
Kentang dimasak dicampur acar;
Sungguh keras nak bayar hutang,
Padahal rezekinya sangatlah lancar.

3. Monyet melompat jatuh ke bawah,
Kerana membawa sebiji nanas;
Jangan acah terlihat mewah,
Kalau hutang, tak lunas-lunas.

4. Tanam padi tumbuhlah padi,
Beras dimasak menjadi nasi;
Hutang budi dibalas budi,
Hutang duit harus dilunasi.

5. Pisau tajam di dalam almari,
Diasah sekali oleh Pak Tani;
Ketika meminjam, mencari-cari,
Bila ditagih, susah ditemui.

6. Dari hulu membawa rakit,
Sampan kecil layarnya kulit;
Hutang menggunung seperti bukit,
Bila ditagih amatlah sulit.

7. Ada orang memakai bedak,
Kerana banyak buat tersedak;
Meminjam duit datang mendadak,
Bila diminta, emosinya meledak.

8. Jika ingin menjadi penyanyi,
Jangan menyerah, selalu gigih;
Kalau dicari selalu sembunyi,
Yang pinjam duit takut ditagih.

9. Apalah erti sebuah taman,
Hanya indah di waktu pagi;
Apalah erti seorang kawan,
Ditagih hutang, malah pergi.

10. Langit malam bersinar bintang,
Kerlipannya amat menenangkan;
Barang siapa membayar hutang,
Moga rezekinya makin dilancarkan.


Diharap dengan pantun sindiran kepada kaki hutang yang liat nak bayar ini bermanfaat kepada anda dan memberikan anda idea untuk memberikan sindiran kepada si penghutang.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel